Posts

ANWAR JADIKAN DASAR EKONOMI ISMAIL SABRI SEBAGAI TERAS KEPIMPINANNYA

Image
1. Menurut Anwar, bajet yang bakal dibentangkan akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.  2. Keadaan ini bermakna Kerajaan Perpaduan kini yang diterajui oleh Anwar masih mengikut bajet yang sudah pun dibentangkan oleh Ismail Sabri. Beliau hanya akan membuat sedikit penambahbaikan.  3. Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.  4. Keadaan ini juga sama apabila sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri beliau juga sendiri menjadi Pengerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. 5. Pencapaian ekonomi negara secara keseluruhan adalah memberangsangkan pada Zaman Ismail Sabri dengan kadar inflasi antara terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN iaitu 3.4 peratus.  6. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan, pemberian subsidi kepa...

ZAHID MESTI PASTIKAN TAWARAN PH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PN

Image
1. Demi menjamin kestabilan kerajaan perpaduan maka agenda Bumiputera mesti menjadi tunjang kepada sessebuah kerajaan.  2. Majoriti MP dalam Pakatan Harapan kini adalah bukan Melayu.  3. Oleh sebab itu , lebih banyak kementerian mesti diberikan kepada UMNO untuk melebihkan bilangan Menteri Bumiputera dan Melayu dalam kerajaan Perpaduan ini.  4. Keadaan ini bermakna lebih banyak Kementerian perlu diberikan kepada UMNO supaya kerajaan ini mampu berkekalan dan stabil.  5. Sebelum ini juga , Kabinet Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang diterajui oleh Ismail Sabri ini memiliki sebanyak 21 Menteri daripada pihak Barisan Nasional dalam gabungan kerajaan PN dan BN.  6. Oleh sebab itu , tawaran PH kepada BN pada kali ini tidaklah boleh jauh lebih rendah dan sedikit berbanding apa yang PN pernah berikan kepada Barisan Nasional suatu ketika dahulu.  7. Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mesti berunding untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik kepada...

ISMAIL SABRI BUKAN PENGKHIANAT DALAM ISU ‘LANGKAH TROPICANA’

Image
1. Pertemuan ini adalah satu perjumpaan di tempat terbuka dan bukannya di rumah sesiapa. Jika dibuat di tempat terbuka maka tiada perkara yang hendak disembunyikan.  2. Jika ada rancangan sulit maka tiada orang yang akan buat perjumpaan secara terbuka.  3. Laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini juga memetik kenyataan Presiden MCA iaitu Wee Ka Siong bahawa tiada pemimpin lain dan tiada perjumpaan secara sulit sehinggakan beliau mencabar untuk lihat rakaman CCTV.  4. Jika setakat makan dan minum di tempat terbuka maka ini bukan pengkhianatan. Secara logik akal tiada sesiapa yang akan membuat sebarang percaturan politik secara terbuka. Jika ada sebarang ‘langkah’, maka akan dilakukan secara rahsia,tertutup dan sulit.  5. Dalam senarai dan gambar pun hanya menunjukkan Wee Ka Siong dan Annuar Musa. Mereka berdua adalah orang UMNO dan MCA iaitu rakan gabungan BN sendiri.  6. Jika ada pemimpin daripada PAS sekalipun tiada pemimpin selain ahli BN melainkan PAS di Trop...

ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI

Image
*ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI* 1. Perdana Menteri KeSembilan yang juga merupakan Naib Presiden UMNO sememangnya akur dengan setiap keputusan parti sepanjang 15 bulan pemerintahan beliau. 2. Beliau beberapa kali dimaklumkan oleh seluruh MKT dan Presiden UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti, walaupun sukar namun DSIS dapatkan penangguhan. Seandainya beliau mementingkan diri, usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan.  2. Beliau juga berkali kali memberi amaran kepada MKT UMNO bahawa Barisan Nasional belum tersedia dari segi kewangan, jentera, kajian sikap dan bakal kalah untuk menghadapi PRU15 namun amaran ini sia sia.  3. Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya PRU 15 dijalankan juga, Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya tewas.  4. Sayang seribu kali sayang, beliau akur juga dengan desakan pembubaran dan kini parti menangggung kerugian besar. 5. Ditambah pula, janji Presiden untuk mengangkat DSIS sebagai Poster Boy hanya tin...

ISMAIL SABRI TIDAK PERNAH PENUHI TUNTUTAN PPBM

Image
Sekarang bukannya masa untuk berbunuhan sesama ahli parti. Apatah lagi menjadikan Perdana Menteri ke-9 sebagai mangsa pembunuhan karakter. Perlu diingat komposisi kerajaan sebelum ini memang dianggotai sama oleh UMNO/BN, PN dan blok Borneo. Tetapi; 1. Jawatan Timbalan Perdana Menteri TIDAK PERNAH diwujudkan dalam pentadbiran Keluarga Malaysia, apatah lagi DISERAHKAN kepada BERSATU.  2. Mahiaddin TIDAK dilantik menjadi Menteri Mentor, setiap lantikan kabinet adalah mengikut nisbah komposisi parti komponen dalam kerajaan, dan ia tetap dibincangkan oleh PM DSIS bersama MKT UMNO, dan Presiden DSZH. 3. Maksudnya, TIDAK ada sebarang peruntukan pun disalurkan dari Pejabat Perdana Menteri keluar, apatah lagi kepada TSMY 4. PAU, Konvensyen Barisan Nassional, dan MKT UMNO mencalonkan DSIS sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15. Tidak ada sebarang perjanjian antara DSIS dengan TSMY sehingga jelas Perikatan Nasional mengumumkan BN/UMNO adalah musuh nombor satu mereka untuk PRU15. 5. Perb...

ISMAIL SABRI PATUH KETETAPAN PARTI DAN YDPA

Image
Cakap-cakap orang yang cuba mengaitkan DSIS dengan Muhyiddin atau Perikatan Nasional adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin tiada modal bagi melemahkan keteguhan Barisan Nasional atau mungkin sengaja menyuntik sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat.  Apa pun sebabnya, DSIS selaku pemimpin utama UMNO tidak pernah sekali pun mengenepikan ketetapan parti dan juga titah YDPA bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ketetapan parti sebulat suara telah memutuskan untuk menjunjung titah YDPA dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN. Pendirian ini jugalah yang setia dipatuhi DSIS. Mungkin perjumpaan beberapa pemimpin BN bersama PN telah dijadikan modal buat mereka meyakinkan masyarakat DSIS telah berpaling tadah dari BN. Hakikatnya, perjumpaan tersebut adalah sekadar menghormati pelawaan PN bagi membincangkan pembentukan kerajaan. Menghormati pelawaan tidakpun bermakna mengenepikan pendirian beliau sebagai seorang pemimpin utama UMNO dan BN. Betapa ...

APRESIASI BUAT INSPIRASI ISMAIL SABRI

Image
Terjawab sudah siapa yang akan mengemudi kerajaan untuk Penggal Parlimen ke-15. Teka-teki sudah berakhir dan penyelesaian sudah dikirim dari Istana Negara kepada rakyat jelata. Terima kasih buat Perdana Menteri ke-9 untuk 14 bulan pentadbiran mengakhiri transisi ketidakstabilan politik Malaysia. Terima kasih PM ke-9 untuk keamanan yang membolehkan Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan kesihatan yang dirasai seluruh dunia. Terima kasih PM ke-9 untuk pengakhiran yang baik dalam pertumbuhan ekonomi selepas peralihan ke pasca pandemik.  Terima kasih PM ke-9 untuk Reformasi Institusi dan mendamaikan seketika pejuang kiri dan kanan politik Malaysia, yang memberi ruang kepada rakyat untuk bernafas selepas derita. Terima kasih Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berani menerima dan menggalas beban ketika waktu yang tiada tanding tekanannya, ketika tiada yang lain mampu menyambutnya.  Terima kasih Anak Desa.  Terima kasih untuk segala aspirasi buat seluruh masyarakat dari Bera...