Posts

Showing posts from June, 2022

MOU Tidak Tamat Pada 31 Julai

Image
1. Ya, ini kisah benar. Momokan bahawa MOU Transformasi dan Kestabilan Politik akan luput pada 31 Julai ini hanya datang daripada mereka yang culas dan malas membaca. 2. Merujuk Perkara 2.1, MOU tersebut berkuatkuasa daripada 13 September 2021 dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14. 3. Maksudnya, selagi YDPA tidak memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen, MOU tersebut akan terus sah dan berjalan. 4. Perkara 3.2 pula menyentuh keperluan untuk kerajaan melaksanakan setiap satu dan segala Transformasi yang dicadangkan dan dipersetujui bersama. 5. Beberapa agenda transformasi tersebut telahpun dilunaskan seperti pemerkasaan pelan COVID-19, Undi18, pindaan perlembagaan untuk Perjanjian Malaysia 1963, penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan penstrukturan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Banyak gerak kerja transformasi yang dijayakan Dato’ Sri Ismail Sabri hasil persefahaman dwipartisan ini. 6. Walaubagaimanapun, pelan transformasi seperti RUU Anti Lompat Parti ...

RINGGIT SEMAKIN KUKUH BUKTI DIPLOMASI EKONOMI ISMAIL SABRI DIYAKINI

Image
Ringgit semakin kukuh dan melantun semula berbanding dengan dolar Amerika, pound Britain, dolar Singapura, dan yen Jepun. Pada petang hari Rabu minggu ini, mata wang ringgit mencapai 4.4120/4150, memecahkan corak penurunan tiga hari dagangan berturut-turut daripada 4.4190/4220 pada hari Selasa. Ringgit juga naik berbanding dengan pound Britain daripada 5.3496/3533 pada Selasa, dan kini pada 5.3323/3360 selaku pada hari Rabu. Sama juga dengan dolar Singapura yang kini pada 3.1732/1758, dan yen Jepun kepada 3.2815/2840.  Ini berturut dengan berita daripada Bank Negara Amerika Syarikat yang mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 basis poin. Dalam pada masa yang sama, keadaan inflasi di Amerika Syarikat yang mencapai kadar 8.6% dalam jangka masa dan purata 12-bulan, lebih teruk berbandingkan dengan Malaysia yang mengalami inflasi lebih-kurang 2.1% pada tahun ini. Ringgit mungkin berpeluang untuk pulih kearah yang lebih baik dalam masa terdekat ini.  Ringgit pada hari ini ju...

Jovian Usahawan Berjaya

Image
1. Jovian merupakan satu - satunya keluarga atau menantu Perdana Menteri yang tidak pernah diberikan mana - mana projek kerajaan , berjaya sebelum Bapa Mertuanya menjadi PM , dilantik dalam mana - mana GLC kerajaan.  Keadaan ini sangat berbeza dengan kesemua anak dan keluarga Tun Mahathir yang merupakan Billionaire dan hanya berjaya setelah bapa mereka menjadi PM.  Begitu juga berbeza dengan anak Najib yang baru - baru ini dalam perbicaraan mahkamah di Amerika Syarikat apabila Tim Leissner mengatakan anaknya ditawarkan kerja di TPG Capital untuk mendapatkan projek 1MDB mencecah billion ringgit.  2. Jovian Sudah Berjaya Sebelum Ismail Sabri Menjadi Menteri Atau Perdana Menteri  Pada tahun 2006 lagi Jovian sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.  Ismail Sabri pula hanya mula bertanding dalam PRU pertamanya pada tahun 2008.  Jovian pula hanya berkahwin dengan anak Ismail Sabri pada tahun 2013.  Oleh itu segala  pencapaian Jovian d...

YAB PM DSIS BUKANNYA MANSUH HUKUMAN GANTUNG, HANYA TINGKATKAN BUDIBICARA HAKIM

Image
1. Ramai orang tiba-tiba menjadi palatao undang-undang dan pakar keadilan dengan cuba menimbulkan ketakutan dengan mendakwa Hukuman Gantung sudah dimansuhkan. FAKTANYA Hukuman Gantung MASIH ADA. 2. PM hanya memansuhkan perkataan MANDATORI sahaja. MANDATORI ini maksudnya TERPAKSA. Dalam teori hukuman jenayah memang akan ada elemen 'human error'. Kekhilafan manusiawi ini menjadi makin bahaya kepada nyawa orang yang sebenarnya tak bersalah tapi hakim terpaksa jatuhkan hukuman mati walaupun hakim sendiri rasa kesian kepada pesalah. 3. Kita ambil contoh isu dadah narkotik la. Berapa ramai rakyat Malaysia yang terjebak dengan najis dadah ini sebab kesempitan hidup. Ada yang terpaksa bergelumang sebab nak bagi anak makan, nak cari kos bantuan perubatan ahli keluarga. Dalam keadilan jenayah, semua faktor ini kena ambil kira dan sepatutnya Hakim boleh beri hukuman yang lebih reformatif seperti penjara tapi sebab ada perkataan Mandatori sebelum ini, semua terpaksa ke tali gantung. 4. Nam...

PENCERAHAN TENTANG PENGUMUMAN PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG MATI MANDATORI DI MALAYSIA

Image
Keputusan Kabinet Malaysia yang diketuai oleh DS Ismail Sabri untuk menghapuskan hukuman mati mandatori adalah suatu langkah reformasi undang-undang jenayah yang perlu diraikan dan disambut oleh semua pihak. Sudah bertahun seruan ini digerakkan oleh pelbagai aktivis sosial di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Akhirnya dalam tempoh yang singkat DS Ismail Sabri menunaikan perubahan ini. Berikut adalah beberapa sudut pandang positif : 1. Meningkatkan Aktivisme Kehakiman Masalah utama hukuman mati mandatori adalah sekiranya peruntukan undang-undang memutuskan bahawa hukuman bagi sesuatu jenayah itu adalah mati, maka para hakim adalah terikat dan terpaksa menjatuhkan hukuman mati tersebut. Keputusan Ismail Sabri ini sebenarnya memperkasakan aktivisme kehakiman para hakim yang kita boleh memberikan hukuman alternatif yang bersesuaian dan hanya menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes 'rarest of the rare', iaitu kes-kes yang melibatkan keganasan melampau. Para Hakim kini berupaya ...

Pesan Tok Mat Mengenai Pengalaman Hitam PRU-14 Wajar Jadi Pengajaran

Image
1. Begitu banyak sekali suara yang semakin mendesak agar PRU15 disegerakan oleh Perdana Menteri. Saya pasti di sebalik suara-suara ini tentu sekali ada yang menyimpan agenda tersendiri. Paling hairan apabila ada blok pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh benar hendak Parlimen dibubarkan. Demokrasi mesti disegerakan katanya, tapi pemilihan parti ditangguh-tangguh pula. 2. Saya dengan rendah diri merasakan bahawa para penyokong pembubaran Parlimen ini sedang berada dalam “hubris” tersendiri. Kemenangan di PRN Melaka, Sarawak dan Johor diulang-ulang sebagai mantra untuk mempercepatkan PRU15 untuk memastikan UMNO menang dan mentadbir semula. Hakikatnya sebelum PRU14 pun, UMNO sentiasa menang PRU tetapi tetap tumbang juga. 3. Saya khuatir ramai daripada kita yang tidak mahu belajar daripada PRU14. PRU14 yang lalu menyaksikan kemerosotan teruk nilai Ringgit berbanding US Dollar. Perkara ini akhirnya menjadi tambatan pembangkang untuk menjatuhkan UMNO. Kalaulah PRU15 dibuat dalam keadaa...