Posts

Showing posts from July, 2022

YAB PM SUDAH BAKAR SEMANGAT JENTERA BN UNTUK SERANG DAP, BUKAN SERANG SESAMA KITA

Image
  Konvensyen BN Selangor hari ini benar-benar membenihkan pengharapan kita bukan sahaja untuk kembali menawan semula Selangor, namun untuk membentuk kerajaan baru BN pasca PRU-15. Kehadiran YAB PM DSIS disambut meriah ahli-ahli BN Selangor. Ini poster boy kami. Ini wajah Barisan Nasional. Perwakilan tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YAB PM DSIS berikutan kejayaan meluluskan RUU Anti Lompat Parti dan pindaan perlembagaan UMNO di ROS. Ucapan YAB PM DSIS cukup jelas. Beliau mahu parti terus setia bersama beliau. Beliau tidak mahukan perpecahan dalaman. Dalam parti ini, hanya ada satu kem. Kem Barisan Nasional. Musuh kita DAP dan sekutu mereka. Musuh kita bukan mereka yang berada di rumah sendiri. BN perlu terus mempromosikan jenama kestabilan yang semakin sinonim dengan parti. Serangan-serangan dalaman terhadap pemimpin parti hanya akan menjauhkan BN daripada jenama kestabilan. Jangan pernah dilupa derita 22 bulan di bawah pemerintahan DAP. Sewaktu itu, Ism...

RUU ANTI LOMPAT PARTI: KEKUATAN ISMAIL SABRI DALAM MEMBAWA USUL UMNO DEMI PERKASAKAN UNDI RAKYAT

Image
Kelulusan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu peristiwa bersejarah sebagaimana tertubuhya FELDA dan PETRONAS. Ia bawa manfaat dari generasi ke generasi. Melalui pelaksanaan FELDA, sekurang-kurangnya 112,635 keluarga (bermula generasi pertama) di 317 jumlah tanah rancangan telah menikmati penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal. Ramai peladang profesional juga dilahirkan dalam pengurusan ladang berskala besar menerusi Pengukuhan Koperasi Felda. Projek Perumahan tambahan (PGBF) untuk generasi baharu dan pelan peralihan tanah juga telah disediakan lengkap untuk kesejahteraan ekonomi melibatkan jutaan isi rumah luar bandar di seluruh Malaysia.  PETRONAS pula terbaru tahun ini menganggarkan sumbangan RM 14 bilion sehingga RM 16 bilion tahun ini sahaja. Syarikat ini juga tidak pernah lekang dari membantu kerajaan tingkatkan kesejahteraan rakyat. PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkaitan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamany...

PTPTN : YANG MENABUR JANJI, YANG MENABUR BAKTI

Image
Ada 2 jenis pemimpin. Satu, mereka yang berjanji segala macam perkara. Kalau kami berkuasa, kami akan buat itu ini. Selepas berkuasa, realiti menyedarkan golongan ini betapa idea mereka tidak lebih sekadar fantasi dan angan-angan bermodalkan air liur.   Contohnya, politikus Pakatan Harapan. Janji sebelum menawan Putrajaya, mereka mahu berikan pendidikan percuma. Mereka ingin mereformasikan PTPTN. Kata mereka, pendidikan itu milik semua. Pertama, mereka mahu melupuskan hutang PTPTN kepada kelompok B40 dan M40. Gagal. Kedua, mereka mahu menangguhkan bayaran balik kepada peminjam sehingga gaji mereka mencecah RM4000 sebulan. Gagal. Sebaik bersemayam di Putrajaya, mereka sedar bahawa idea-idea ini tidak boleh direalisasikan. Lebih teruk, mereka membatalkan pula keistimewaan pengecualian pembayaran semula PTPTN kepada graduan kelas pertama. Malah, beberapa lagi keistimewaan lain seperti diskaun kepada pembayar yang konsisten turut dimansuhkan. Jenis pemimpin kedua, mereka yang hanya mah...

AHLI PARLIMEN YANG TIDAK MENYOKONG RUU ANTI LOMPAT PARTI ADALAH PENGKHIANAT UNDI RAKYAT DALAM PRU

Image
  1. Isu lompat parti adalah isu yang menjadi kegusaran rakyat Malaysia kerana tindakan seseorang ahli politik yang lompat parti seolah olah tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat. 2. Dengan kewujudan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti (RUU), harapan untuk mewujudkan demografi politik yang lebih telus akan terus membara dan menyala. 3. Walaubagaimanapun, tindakan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU ini seolah olah menghancurkan harapan besar rakyat Malaysia untuk melihat kemajuan dalam politik negara.  4. Perkara ini sangat memberikan kesan yang sangat mendalam buat rakyat Malaysia apabila terjadinya peristiwa Langkah Sheraton yang memuncakkan kemarahan dan kekecewaan rakyat kepada sistem demokrasi Malaysia.  5. Perubahan kepada tampuk pimpinan baru pada ketika itu seolah olah meragut hak pengundi pada pilihan raya sebelumnya. 6. Kuasa dan mandat untuk menentukan tampuk pemerintahan negara sewajarnya terletak kepada rakyat secara keseluruhan dan bu...

RUU ANTI LOMPAT PARTI BUKTI ISMAIL SABRI SENTIASA MENJAGA KEPENTINGAN PARTI UMNO

Image
“Suara Rakyat Diangkat , Aspirasi UMNO Direalisasikan” Pembentangan dan pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri menjadi proses penting bagi membolehkan peraturan antilompat parti dapat dilaksanakan di negara ini. Pembentukan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti itu perlu dilihat sebagai pelindung kepada sistem demokrasi melangkaui hal-hal berkaitan dengan kebebasan dan hak asasi yang terdapat dalam Perlembagaan. Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi Melaksanakan transformasi institusi politik termasuk cadangan yang diperjuangkan agar Akta Anti Lompat Parti dan Pendanaan Politik dibentangkan di Dewan Rakyat.  Oleh sebab itu , pembentangan akta lompat parti yang sendiri dibentangkan oleh Ismail Sabri menunjukkan beliau merupakan pemegang amanah suara akar umbi , MKT dan Pemuda UMNO yang mahukan akta ini dilaksanakan. Tambahan pula , hasrat "Institusi Presiden UMNO" ia...

AKTA SOSMA DILULUSKAN : 5 ISYARAT BARISAN NASIOANL PERLUKAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PENJAMIN KELANGSUNGAN BN SEBAGAI KERAJAAN PADA PRU15

Image
1.0 Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Kukuh & Stabil - Undi  SOSMA Lambang Undi Percaya  Akta ini diluluskan dengan kemenangan angka sebanyak 23 undi.  Sejumlah 111 ahli Parlimen setuju dan 88 ahli Parlimen menolak. Terdapat 222 ahli Parlimen di Malaysia. Oleh sebab itu , undi 111 juga menandakan sokongan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri masih lagi memiliki majoriti.  Keadaan ini jelas menunjukkan Ismail Sabri bukan sahaja mampu menyatukan keseluruhan UMNO dan Barisan Nasional malahan turut disokong oleh komponen parti bukan BN dengan undi 111.  Bayangkan pada hari ini jika Perdana Menteri BN bukan Ismail Sabri tetapi individu lain. Adakah individu tersebut akan mampu mendapat sokongan daripada Perikatan Nasional dalam meluluskan Akta SOSMA?  2.0 UMNO Bersendirian Hanya Mampu 80 Kerusi Kalau Menang 100% Menurut pengarah pilihan raya UMNO , pada Pilihan Raya Umum Ke-15 UMNO berhasrat untuk bertanding di sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen....

Indeks Persepsi Rasuah: Pelaburan Negara Tidak Terjejas

Image
1. Saya membaca dengan teliti pandangan KP SPRM yang mengkritik laporan yang dikeluarkan oleh Transparency Internasional berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah ("CPI") Malaysia. Laporan tahun ini menunjukkan Malaysia jatuh beberapa anak tangga. 2. Penurunan Malaysia dalam skala CPI mula dijadikan permainan politik oleh politikus sepenuh masa untuk menggambarkan bahawa situasi korupsi dan rasuah di Malaysia bertambah parah. Lebih teruk lagi apabila, CPI ini dijadikan dogma oleh musuh negara untuk menggoyahkan keyakinan pelabur asing. 3. Walaupun saya bukan penggemar nombor satu KP SPRM, dalam hal CPI ini saya akan berlaku adil kepada beliau. KP SPRM bukannya orang pertama pun yang mengkritik kajian CPI. Prof Paul Heywood, Pensyarah di Fakulti Pengajian Sains Sosial di Universiti Nottingham, turut senada dalam hal ini. CPI wajar dipersoalkan ketelusannya kerana sumber kajian ini diragui dan banyak dipengaruhi oleh bias berat sebelah. Lebih teruk lagi apabila CPI ini sebenarnya...

Nak #TURUN Apa Lagi?

Image
 Tuntutan 1 : POTONG GAJI MENTERI • Gaji Menteri & ahli Parlimen di bawah kepimpinan YAB DSIS tidak pernah dinaikkan. • Gaji Menteri diperuntukkan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang sama seperti semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Tuntutan 2 : KEKALKAN SUBSIDI • Peruntukkan subsidi untuk tahun 2022 mencecah RM77.7 bilion, yang tertinggi dalam sejarah negara. • Untuk bulan Julai dan Ogos sahaja, kerajaan umumkan subsidi tambahan untuk minyak dan telur berjumlah RM300 juta. • Subsidi minyak masak botol merupakan subsidi sementara yang diperkenalkan selama 11 bulan bagi membantu rakyat berdepan dengan pandemik COVID-19. Tuntutan 3 : BANTUAN BERMARUAH • Disamping peruntukan subsidi yang tertinggi dalam sejarah negara, kerajaan meningkatkan pemberian bantuan kewangan terus melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) • Kerajaan membelanjakan RM630 juta sebagai bantuan tunai tambahan yang telah disalurkan kepada penerima BKM bermula 27 Jun lalu. Tuntutan 4 : KAWAL HA...

MP KOTA BELUD KAKI BELIT

Image
1. Hari ini Dewan Rakyat kecoh berikutan tindakan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah yang menuntut usul tergempar untuk membahaskan isu berkaitan tuntutan Kesultanan Sulu diluluskan. 2. Saya bersetuju bahawa konflik berkenaan tuntutan terhadap wilayah dan aset negara merupakan isu yang mustahak. Namun, hal ini tidak mewajarkan mana-mana Ahli Parlimen untuk menyeleweng fakta semata-mata kerana mahu usul ini diperbahaskan. 3. MP Kota Belud bertanyakan tentang sebab musabab ‘stay of execution’ dipohon pada 12 Julai sedangkan keputusan arbitrasi dibuat pada 28 Februari yang lalu. 4. Perkara ini salah. Sebenarnya, pemfailan ‘stay of execution’ sudah dibuat tiga hari setelah keputusan arbitrasi dikeluarkan, iaitu pada 3 Mac yang lalu. 12 Julai ialah tarikh Mahkamah Rayuan Paris meluluskan permohonan tersebut. Perkara ini berada di luar bidang kuasa Jabatan Peguam Negara. 5. MP Kota Belud juga perlu faham lunas dan luhur undang-undang. Kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana M...

INDEKS PAK LEMAN : FORMULA YANG LEBIH BERFOKUS KEPADA GOLONGAN B40

Image
1. Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia saban tahun tidak memberikan gambaran sebenar situasi yang dihadapi majoriti besar pengguna. 2. Hal ini kerana IHP mengambil kira kesan inflasi kepada pengguna secara keseluruhannya. Sedangkan, setiap isi rumah mempunyai kuasa beli yang berbeza. 3. Faktor tangga gaji, geografi, gaya hidup dan banyak lagi menjadikan IHP kurang tepat dalam mengukur kuasa beli pengguna. 4. Oleh itu, Indeks Pak Leman (Layman Index) adalah lebih bersesuaian memandangkan indeks ini berfokus kepada kelompok B40. 5. Beberapa kategori yang digunakan untuk menganggar purata perbelanjaan pengguna di dalam IHP disesuaikan mengikut gaya hidup B40 di dalam Indeks Pak Leman. 6. Misalnya, perbelanjaan kesihatan di dalam IHP disertakan dengan caruman insurans dan takaful peribadi. Sedangkan pengambilan pakej perlindungan kesihatan masih rendah dalam kalangan B40.  7. Malah, golongan B40 lebih cenderung untuk mendapatkan perkhidmatan kesihat...

ISMAIL SABRI, BUKAN HANG JEBAT DAPAT TAMINGSARI

Image
Pada bulan Mei, 2022, UMNO mengadakan Perhimpunan Khas untuk meminda perlembagaan agar pemilihan parti diadakan pasca PRU 15. Berbulan-bulan sebelum itu, dimomokkan konon Ismail Sabri menentang pindaan tersebut, tetapi terbukti akhirnya Ismail Sabri membuktikan kesetiaan tak berbelah bagi apabila menjadi Penyokong di mana DS Mohd. Khaled Nordin sebagai Pencadang. Tiba-tiba Ismail Sabri dituduh Jebat mendapat tamingsari apabila menjadi Perdana Menteri. Tidak setia bagaimana tu? Sayugia dimaklumkan tidak ada gerakan dalam Kerajaan menjatuhkan sesiapa di dalam parti. Tidak ada Team A Team B, tiada team Anwar team Dr. Mahathir, tidak ada team Ku Li. Walaupun Ismail Sabri sebagai PM yang berkuasa penuh dalam Kerajaan, tetapi tidak pernah memberi arahan menjatuhkan sesiapa. He is very-very gentlement and loyal to the party. Ismail Sabri turun di PRN Melaka dan PRN Johor sebagai Naib Presiden, membantu calon-calon UMNO dan BN. Tidak boleh dinafikan, bahawa kelebihan sebagai Perdana Menteri UM...

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BAGI MENGIKAT USAHASAMA & KESEPADUAN POLITIK : TIDAK SAH (INVALID), TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN (UNENFORCEABLE), TIDAK BERPELEMBAGAAN (UNCONSITUTIONAL)

Image
Hari ini tular apa yang didakwa sebagai sebahagian daripada perjanjian persefahaman di antara Perikatan Nasjonal dengan DS Ismail Sabri. Perjanjian tersebut mendakwa antara lainnya bahawa kerajaan hari ini ialah Kerajaan PN dan DS Ismail Sabri telah membelakangkan parti dan patut dipecat. Mari sini saya kongsikan 5 fakta sebenar untuk pemahaman semua - 1. Perjanjian Yang Tidak Sah (Invalid, Illegal) Sekiranya terbukti kelak bahawa perjanjian di atas wujud, sebenarnya perjanjian tersebut tetaplah tidak sah. Perjanjian tersebut melibatkan peruntukkan berkenaan kuasa Perdana Menteri dan juga kuasa pembentukan kerajaan yang dipegang oleh YDPA. Sesebuah perjanjian tidak boleh mengatasi apa-apa peruntukkan perlembagaan atau undang-undang sedia ada. Mana mungkin perjanjian tersebut boleh digunakan untuk mengawal PM atau Kerajaan. Ini andaian yang merapu. Kalau PN nak berperang secara terbuka dengan PM ataupun nak tekan butang ke, memang tidak ada legal basis, sebab perjanjian tersebut akan te...

Malaysia Pertimbang Pilihan Dapatkan Sumber Gandum Dari Turkiye

Image
1. Dunia sedang berhadapan dengan isu sekuriti makanan. Ketirisan bekalan makanan menyaksikan negara-negara pengeluar mula menghentikan atau mengurangkan eksport komoditi mereka bagi mengutamakan keperluan domestik masing-masing. 2. Salah satu bekalan makanan yang berkurangan ialah tepung gandum. Rusia dan Ukraine merupakan 2 negara pengeluar gandum terbesar dunia. Kedua-dua blok ini menguasai sehingga satu pertiga daripada pengeluaran gandum dunia. 3. Krisis yang berlaku di Rusia dan Ukraine telah menjejaskan bekalan gandum global. India, salah satu pengeluar gandum terbesar dunia juga terpaksa mengurangkan eksport gandum mereka bagi menampung keperluan penduduk mereka terlebih dahulu. 4. Tepung gandum merupakan bahan penting bagi menghasilkan makanan berpaket, makanan diproses, pastri dan masakan harian. Pada 2020, Malaysia mengimport gandum bernilai RM1.46 bilion sekaligus menjadikan negara ini sebagai pengimport gandum ke-38 terbesar dunia. 5. Ketirisan bekalan tepung gandum memaks...

KENAIKKAN HARGA BARANGAN AKIBAT FAKTOR GEOPOLITIK

Image
  1. Tahun 2022 merupakan satu tahun yang sukar buat rakyat Malaysia, menurut Indeks Harga Pengguna kita menghadapi inflasi yang tertinggi iaitu sebanyak 2.8 peratus, hampir 184 item dari 522 item mengalami peningkatan. 2. Hakikatnya, peningkatan harga makanan bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di seluruh dunia. Malah, kalau diikut, negara kita paling rendah kadar inflasinya iaitu 2.8% berbanding negara Asean, contohnya jiran kita Singapura, kadar inflasinya sahaja 5.8%. 3. Untuk fahaman semua, rantaian bekalan makanan bergantung kepada pelbagai elemen seperti  pengeluaran agrikultur, pemprosesan dan pengurusan ternakan dan tuaian, pengedaran dan pengguna. Satu sahaja terkesan, ia akan memberi kesan kepada penghujung rantaian iaitu pengguna. 4. Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada peningkatan harga barang ini adalah geopolitik. Kalau kita sedar, harga barang mula naik setelah kita mula pulih daripada pandemik Covid-19, namun ia semakin naik tinggi apabil...