Posts

Showing posts from February, 2022

Menggemakan Suara Keluarga Malaysia Di Pentas Tertinggi Demokrasi Negara

Image
  Andai demokrasi itu dibina daripada bata dan simen, parlimen adalah rumahnya. Parlimen merupakan pentas tertinggi bagi wakil-wakil rakyat beradu fikir dalam mengetengahkan isu yang melibatkan kemaslahatan jelata marhaen.   Rakyat kini sedang lemas dalam banjir, pandemik dan kos sara hidup. Isu-isu ini tidak boleh tenggelam dalam kesibukan politikus berpolitik. Parlimen adalah mulut yang menyampai dan telinga yang mendengar keluh kesah rakyat.   Pujian sewajarnya dihamburkan kepada Ismail Sabri. Beliau berani dan sedar akan kepentingan parlimen dalam tata berdemokrasi. Sebelum ini, Muhyiddin Yassin bertindak mengunci pintu parlimen demi memanjangkan hayat politik beliau. Biarkan nyawa rakyat terkorban dek pandemik yang mewabak, asalkan usia beliau sebagai Perdana Menteri berpanjangan.   Ismail Sabri mahukan akauntibiliti. Beliau mahu kerja-kerja beliau dan jemaah menteri disemak dan diimbang sekalian ahli perwakilan yang bersidang. Beliau mahu suara Kelu...

Bahasa Jiwa Keluarga Malaysia

Image
Semalam saya menyaksikan secara langsung sidang media bersama Ismail Sabri Yaakob dengan Prayuth Chan o-Cha, Perdana Menteri Thailand. Seperkara yang benar-benar menuntun perhatian saya adalah penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar oleh Perdana Menteri kita sewaktu berucap.   Bila agaknya kali terakhir Perdana Menteri Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan  ketika menghadiri urusan rasmi di negara luar? Sekiranya pemimpin Jepun, China, Rusia, Korea Selatan dan Thailand mengekalkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing di persidangan antarabangsa, mengapa pula kita tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu?   Bahasa Melayu mempunyai 380 juta penutur di seluruh dunia. Bahasa ini berasal dari Sumatera Selatan, berkembang kepada Bahasa Melayu Johor - Riau, menjadi lingua franca sehinggalah masih ditutur 160 ribu orang Melayu Cape di Afrika Selatan hari ini.   Justeru itu, para pemimpin negara usah khuatir menggunakan bahasa ibunda kita. Ratusan juta penduduk bumi ...

YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Jalin Kerjasama ASEAN Demi Melonjak Ekonomi Malaysia

Image
Cadangan pembukaan semula sempadan, pengiktirafan sijil vaksinasi dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin, adalah antara agenda yang dijadualkan dibincangkan semasa lawatan rasmi Ismail Sabri. Selain itu Ismail Sabri dan rakan sejawatnya Prayuth akan juga membincangkan projek-projek insfrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand serta hubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara. 1. Kerjasama Malaysia-Thailand Mencapai Sasaran Perdagangan Dua Hala Sebanyak USD30 Bilion Menjelang 2025 Pelbagai bidang dan sektor akan diterokasi bersama - sama antara kedua - dua buah negara.  Sektor ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi circular oleh pelabur dari Thailand dan Model Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) dan dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin, elektrik dan kenderaan pintar, automasi dan robotik. 2. VTL udara permulaan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand  Pembukaan pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand dijangka  bermula menerusi a...

Ismail Sabri Berwawasan Jauh

Image
Ismail Sabri Seorang Yang Berwawasan Jauh Dalam Mengetuai Perbincangan Antara Malaysia Dan Thailand Untuk Laksana Kajian HSR Kuala Lumpur-Bangkok. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu dipersetujui Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan di Rumah Kerajaan di Bangkok. "Kami berbincang mengenai keperluan masa akan datang untuk membina kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok. "Dalam hal ini, Malaysia dan Thailand bersetuju akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan dan kita akan meminta kementerian serta jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera," katanya. Thailand kini merupakan negara yang memiliki sebanyak 70 Juta penduduk. Angka ini adalah 10 kali kali lebih daripada penduduk Singapore iaitu hanya 6.9 Juta orang pada tahun 2030. GDP Thailand akan mencecah USD 1 Trillion pada menjelang tahun 2030. Negara Thailand juga akan menjadi High Income Nation pada tahun 2037. Pada tahun 2050 , mengikut HSBC Global Research pula negara Thailand akan menjadi...

Tanah dan Air

Image
Jika Pengarah, ada Timbalan Pengarahnya, Jika Menteri, ada Timbalan Menterinya, Jika Perdana Menteri, ada Timbalan Perdana Menterinya. Orang nombor dua negara inilah amat penting dalam mendokong kepimpinan Perdana Menteri. Selama ini Ismail Sabri berada solo di anjung kuasa, walaupun jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Perlembagaan. Tetapi ia perlu ada di sisi seorang ketua negara.  Misalnya, ketika bencana banjir hujung tahun lalu, Timbalan Perdana Menterilah yang sepatutnya bertanggungjawab menggalas tugas untuk menangani bencana besar ini. Tetapi, oleh kerana ketiadaannya, Ismail Sabri terpaksa menghadapnya seorang diri namun masih tetap cemerlang! Yang menjadi teka-teki, siapa yang patut menjadi orang kedua dalam Malaysia?  Siapa yang tidak kenal dengan Hishammuddin, anak Tun Hussein Perdana Menteri ketiga yang nendanya juga pengasas UMNO, Almarhum Dato’ Sir Onn Jaafar. Bakat kepimpinan mengalir dalam darahnya ‘it runs in the blood’. Mengapa Hishammuddin wajar...

Kepimpinan Ismail Sabri Membantu Rumpun Melayu-Islam Di Asia Tenggara

Image
Ismail Sabri berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia lain sebelum ini.  Jika Tun Adul Razak terkenal dengan lawatannya ke negara China , Mahathir pula berlandaskan kepada Dasar Pandang Ke Timur ( Jepun ) dan Najib pula lebih kepada Amerika Syarikat .  Ismail Sabri pula lebih fokus kepada ASEAN ( South East Asia ).  ASEAN pula sebenarnya akan menjadi '4th Largest Economy In The World" pada tahun 2030 dengan populasi sebanyak 750 juta penduduk dan US$4 Trillion GDP secara total. Selain daripada faktor ekonomi , beliau kini juga merupakan Ikon Melayu-Islam di Alam Melayu.  Istilah Melayu diertikan sebagai Bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina hingga ke Madagaskar.  Lebih umum boleh dikatakan merujuk kepada bangsa yang bertutur dengan Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan tinggal di Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Dalam lawatan ke Kemboja pul...

Legasi Tun Razak Diwarisi Ismail Sabri 2.0

Image
Semakin hari, Ismail Sabri memacu tampuk kuasa, semakin terserlah pesona dan kredibiliti beliau.  Tulisan ini adalah sambungan koleksi kesinambungan pendekatan serta "style" Ismail Sabri meneruskan legasi Tun Razak:  1. Membina negara dengan Perpaduan   Tun Razak telah menggagaskan "Rukun Negara" sebagai Tiang Seri atas 5 prinsip untuk memandu kehidupan masyarakat supaya bersatu-padu dan harmoni pasca malapetaka 13 Mei.  Sementara, Ismail Sabri, diuji hebat akibat krisis pandemik berlarutan, juga mengajak seluruh rakyat mendasari nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di bawah payung "Keluarga Malaysia".  Ironinya, dua tokoh ini berpasak pada rukun yang sama yakni - kesepakatan kesatupaduan rakyat lah bisa membebaskan negara dari kekalutan krisis. 2.  Berani Berjuang untuk Bumiputera Siapalah Bumiputera kalau bukan Tun Razaklah pejuangnya. Beliaulah titik permulaan kepada agenda pembangunan Bumiputera, tentunya melalui "Dasar Ekonomi Baru (DE...

Mengenang Sudirman : 5 Cadangan Lagu Untuk Ismail Sabri

Image
  Semalam genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Arshad. Satu sosok yang merentas identiti sebagai seorang penghibur. Beliau adalah negarawan. Baktinya kepada nusa masih terasa sehingga ke hari ini.   Kalau hendak dibandingkan Sudirman dengan Ismail Sabri, mereka sebenarnya berkongsi banyak persamaan. Kedua-duanya anak jati Pahang yang membesar di Temerloh, bersekolah di Kuantan sebelum menuntut jurusan perundangan di Universiti Malaya. Mereka menabur jasa kepada Malaysia dengan cara yang tersendiri.   Bagi mengenang bakti Allahyarham, berikut merupakan 5 lagu dendangan beliau yang saya cadangkan untuk Perdana Menteri kita, barangkali untuk diputarkan sewaktu pulang ke rumah selepas seharian bekerja.   1)      Pelangi Petang   Tiada lagu yang lebih syok berbanding Pelangi Petang sebagai halwa telinga semasa berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari pejabat.   Ku percaya nanti suatu masa, Sang Suri...

Garapan Ismail Sabri Merangsang Ekonomi Malaysia

Image
  Malaysia terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 yang mewabak. KDNK menurun, FDI menurun, yang meningkat adalah kadar pengangguran.   Semalam, Ismail Sabri mengumumkan peruntukkan RM 40 billion untuk Semarak Niaga Keluarga Malaysia. Dua hari lalu, beliau memperuntukkan RM 4.8 billion untuk JaminKerja Keluarga Malaysia.   RM 44.8 billion dalam masa 2 hari. Ismail Sabri sudah bekerja untuk memastikan Malaysia kembali bekerja.   1)      Apakah fokus utama Ekonomail?   Peluang pekerjaan.   Sektor ekonomi pra dan pasca Covid-19 adalah berbeza. Hanya 2 Perdana Menteri Malaysia yang berpeluang menjalankan pelan pemulihan ekonomi dengan menjadikan pandemik sebagai pembolehubah. Sebelum ini, Muhyiddin Yassin mengerah RM 40 billion daripada KWSP untuk merangsang kembali ekonomi. Setahun kemudian, rakyat kembali meminta pengeluaran selanjutnya. Masih ramai yang menganggur. Strategi ini gagal.   Pelan ekonomi RM 40 bil...

Kisah Klise Ismail Sabri

Image
  Sebilangan besar daripada kita adalah anak kampung yang dibesarkan keluarga serba sederhana, menuntut di sekolah dan universiti tempatan, sebelum berkelana ke ibu kota untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga.   Ini kisah saya. Ini kisah anda. Ini juga kisah Ismail Sabri.   Tidak salah sekiranya seorang politikus itu dilahirkan di atas dulang emas. Namun pemimpin yang dilahirkan di dalam keluarga orang kebanyakkan punya jati diri dan iltizam yang berbeza. Mereka memahami hidup rakyat biasa kerana mereka juga rakyat biasa.   Setiap langkah yang diambil Ismail Sabri si politikus adalah cerminan kepada Ismail Sabri si marhaen.   Beliau menghabiskan masa kanak-kanak dengan membantu ibunya menjual buah-buahan di Pasar Temerloh. Sedari awal, beliau memahami nasib peniaga yang dibuli pemborong dan penyewa tapak. Setahun selepas dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau melancarkan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’. ...

Ismail Sabri Pejuang Melayu Sejati

Image
  Beliau merupakan lambang Melayu yang sebenar. Sejarah perjalanan hidupnya dekat dengan hati orang Melayu disebabkan beliau datangnya daripada keluarga penoreh getah. Jika anak penoreh mampu di angkat menjadi pemimpin No 1 negara maka tiada sekatan kepada sesiapa sahaja untuk berbakti kepada negara.  Hal ini disebabkan , majoriti rakyat Melayu di negara kita datangnya daripada asal usul yang susah dan bukannya lahirnya daripada keluarga bangsawan. Mereka memerlukan seorang pempimpin Melayu yang pernah melalui keperitan yang sama dialami oleh mereka. Hanya orang yang bermula daripada bawah akan memahami perasaan dan kesusahan orang bawahan. Oleh sebab itu, Ismail Sabri sering berjuang untuk kepentingan ekonomi orang Melayu.  Ismail Sabri mengisytiharkan 2014 sebagai tahun 'Jihad Memerangi Orang Tengah’ iaitu setahun selepas beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jihad Memerangi Orang Tengah dilaksanakan oleh beliau terhadap penguasaan o...

Ismail Sabri Taruhan Terbaik UMNO

Image
  Semboyan pilihanraya umum kian berkumandang. Seperkara yang masih menjadi persoalan di benak fikir sekalian hulubalang UMNO di peringkat akar umbi adalah, siapakah panglima yang akan mengemudi parti keramat ini untuk perang yang mendatang?   PRU-15 bukan perang sebarang perang, ini medan untuk membuktikan kepada jelata marhaen betapa UMNO masih releven untuk mengemudi nusa.   Ada 4 nama yang mangli dizikirkan sebagai calon poster boy UMNO. Namun hanya satu yang benar-benar layak.   1.        Najib Razak   Dunia politik adalah kejam dan tidak hadir dengan peluang kedua (melainkan anda adalah Tun M). Najib sudah diberikan mandat untuk mengetuai UMNO dalam PRU-14. Beliau sudah tewas dan dimalukan.   Rindu zaman bossku? Barisan Nasional sudah tentu tidak merindui zaman tersebut. Pentadbiran Najib menyaksikan kerusi Parlimen BN menurun daripada 140 (PRU12) kepada 133 (PRU13) kepada 79 (PRU14). Ini legasi Najib ...

Legasi Kepimpinan Razak Diwarisi Ismail

Image
  Sosok pemimpin bernama Ismail Sabri sering mengingatkan saya kepada seorang lagi negarawan dari Pahang.   Bukan si dia, tapi bapanya. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.   Banyak persamaan yang dikongsi kedua-dua negarawan ini. Mereka merupakan anak jati Pahang yang mula berpencak di gelanggang politik sebagai aktivis mahasiswa. Kedua-duanya adalah graduan undang-undang. Mereka berdua pernah menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia.   Ayuh kita soroti persamaan lain di antara kedua-dua politikus ini.   1.        Mengambil alih pentadbiran negara selepas krisis darurat.   Tun Razak dan Ismail Sabri mempunyai tugas berat sebaik memanaskan kerusi Perdana Menteri. Mereka perlu membawa negara keluar daripada kemelut politik yang tidak berkesudahan. Bagi Tun Razak, beliau memimpin negara yang masih terluka beri...

Perdana Menteri Yang Membumi

Image
Asal anak desa  Ismail Sabri asal anak kampung. Dibesarkan oleh keluarga penoreh getah di Kampung Bukit Tingkat dalam keadaan serba sederhana.  Kemudian, beliau berkelana ke ibu kota mengejar impian ke menara gading, menuntut di universiti tempatan terulung dan bermulalah episod kerjaya Ismail Sabri Yaakob.  Pejuang sejak muda Jiwa pejuangnya mula berputik di zaman mahasiswa. Tesis tahun akhir beliau bertajuk 'Layanan terhadap Tahanan Politik di Malaysia' tentang pemansuhan ISA. Kisah abangnya sendiri, Kamarazaman Yaakob yang pernah meringkuk akibat ISA menjadikan isu ini dekat di hati beliau.   Sememangnya, Akta ISA adalah undang-undang drakonian. Tindakan memansuhkan ISA bukanlah satu langkah populis. Tersilap langkah khuatir  terbunuh kerjaya politik sendiri.  Jiwa bersama rakyat Sejak 2004, Ismail Sabri akan menyambut Tahun Baru Cina di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di Bera. Kesunyian warga emas ini terisi dengan kehadiran dan keprihatinan ...