Posts

Showing posts from November, 2022

ANWAR JADIKAN DASAR EKONOMI ISMAIL SABRI SEBAGAI TERAS KEPIMPINANNYA

Image
1. Menurut Anwar, bajet yang bakal dibentangkan akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.  2. Keadaan ini bermakna Kerajaan Perpaduan kini yang diterajui oleh Anwar masih mengikut bajet yang sudah pun dibentangkan oleh Ismail Sabri. Beliau hanya akan membuat sedikit penambahbaikan.  3. Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.  4. Keadaan ini juga sama apabila sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri beliau juga sendiri menjadi Pengerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. 5. Pencapaian ekonomi negara secara keseluruhan adalah memberangsangkan pada Zaman Ismail Sabri dengan kadar inflasi antara terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN iaitu 3.4 peratus.  6. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan, pemberian subsidi kepa...

ZAHID MESTI PASTIKAN TAWARAN PH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PN

Image
1. Demi menjamin kestabilan kerajaan perpaduan maka agenda Bumiputera mesti menjadi tunjang kepada sessebuah kerajaan.  2. Majoriti MP dalam Pakatan Harapan kini adalah bukan Melayu.  3. Oleh sebab itu , lebih banyak kementerian mesti diberikan kepada UMNO untuk melebihkan bilangan Menteri Bumiputera dan Melayu dalam kerajaan Perpaduan ini.  4. Keadaan ini bermakna lebih banyak Kementerian perlu diberikan kepada UMNO supaya kerajaan ini mampu berkekalan dan stabil.  5. Sebelum ini juga , Kabinet Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang diterajui oleh Ismail Sabri ini memiliki sebanyak 21 Menteri daripada pihak Barisan Nasional dalam gabungan kerajaan PN dan BN.  6. Oleh sebab itu , tawaran PH kepada BN pada kali ini tidaklah boleh jauh lebih rendah dan sedikit berbanding apa yang PN pernah berikan kepada Barisan Nasional suatu ketika dahulu.  7. Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mesti berunding untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik kepada...

ISMAIL SABRI BUKAN PENGKHIANAT DALAM ISU ‘LANGKAH TROPICANA’

Image
1. Pertemuan ini adalah satu perjumpaan di tempat terbuka dan bukannya di rumah sesiapa. Jika dibuat di tempat terbuka maka tiada perkara yang hendak disembunyikan.  2. Jika ada rancangan sulit maka tiada orang yang akan buat perjumpaan secara terbuka.  3. Laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini juga memetik kenyataan Presiden MCA iaitu Wee Ka Siong bahawa tiada pemimpin lain dan tiada perjumpaan secara sulit sehinggakan beliau mencabar untuk lihat rakaman CCTV.  4. Jika setakat makan dan minum di tempat terbuka maka ini bukan pengkhianatan. Secara logik akal tiada sesiapa yang akan membuat sebarang percaturan politik secara terbuka. Jika ada sebarang ‘langkah’, maka akan dilakukan secara rahsia,tertutup dan sulit.  5. Dalam senarai dan gambar pun hanya menunjukkan Wee Ka Siong dan Annuar Musa. Mereka berdua adalah orang UMNO dan MCA iaitu rakan gabungan BN sendiri.  6. Jika ada pemimpin daripada PAS sekalipun tiada pemimpin selain ahli BN melainkan PAS di Trop...

ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI

Image
*ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI* 1. Perdana Menteri KeSembilan yang juga merupakan Naib Presiden UMNO sememangnya akur dengan setiap keputusan parti sepanjang 15 bulan pemerintahan beliau. 2. Beliau beberapa kali dimaklumkan oleh seluruh MKT dan Presiden UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti, walaupun sukar namun DSIS dapatkan penangguhan. Seandainya beliau mementingkan diri, usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan.  2. Beliau juga berkali kali memberi amaran kepada MKT UMNO bahawa Barisan Nasional belum tersedia dari segi kewangan, jentera, kajian sikap dan bakal kalah untuk menghadapi PRU15 namun amaran ini sia sia.  3. Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya PRU 15 dijalankan juga, Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya tewas.  4. Sayang seribu kali sayang, beliau akur juga dengan desakan pembubaran dan kini parti menangggung kerugian besar. 5. Ditambah pula, janji Presiden untuk mengangkat DSIS sebagai Poster Boy hanya tin...

ISMAIL SABRI TIDAK PERNAH PENUHI TUNTUTAN PPBM

Image
Sekarang bukannya masa untuk berbunuhan sesama ahli parti. Apatah lagi menjadikan Perdana Menteri ke-9 sebagai mangsa pembunuhan karakter. Perlu diingat komposisi kerajaan sebelum ini memang dianggotai sama oleh UMNO/BN, PN dan blok Borneo. Tetapi; 1. Jawatan Timbalan Perdana Menteri TIDAK PERNAH diwujudkan dalam pentadbiran Keluarga Malaysia, apatah lagi DISERAHKAN kepada BERSATU.  2. Mahiaddin TIDAK dilantik menjadi Menteri Mentor, setiap lantikan kabinet adalah mengikut nisbah komposisi parti komponen dalam kerajaan, dan ia tetap dibincangkan oleh PM DSIS bersama MKT UMNO, dan Presiden DSZH. 3. Maksudnya, TIDAK ada sebarang peruntukan pun disalurkan dari Pejabat Perdana Menteri keluar, apatah lagi kepada TSMY 4. PAU, Konvensyen Barisan Nassional, dan MKT UMNO mencalonkan DSIS sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15. Tidak ada sebarang perjanjian antara DSIS dengan TSMY sehingga jelas Perikatan Nasional mengumumkan BN/UMNO adalah musuh nombor satu mereka untuk PRU15. 5. Perb...

ISMAIL SABRI PATUH KETETAPAN PARTI DAN YDPA

Image
Cakap-cakap orang yang cuba mengaitkan DSIS dengan Muhyiddin atau Perikatan Nasional adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin tiada modal bagi melemahkan keteguhan Barisan Nasional atau mungkin sengaja menyuntik sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat.  Apa pun sebabnya, DSIS selaku pemimpin utama UMNO tidak pernah sekali pun mengenepikan ketetapan parti dan juga titah YDPA bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ketetapan parti sebulat suara telah memutuskan untuk menjunjung titah YDPA dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN. Pendirian ini jugalah yang setia dipatuhi DSIS. Mungkin perjumpaan beberapa pemimpin BN bersama PN telah dijadikan modal buat mereka meyakinkan masyarakat DSIS telah berpaling tadah dari BN. Hakikatnya, perjumpaan tersebut adalah sekadar menghormati pelawaan PN bagi membincangkan pembentukan kerajaan. Menghormati pelawaan tidakpun bermakna mengenepikan pendirian beliau sebagai seorang pemimpin utama UMNO dan BN. Betapa ...

APRESIASI BUAT INSPIRASI ISMAIL SABRI

Image
Terjawab sudah siapa yang akan mengemudi kerajaan untuk Penggal Parlimen ke-15. Teka-teki sudah berakhir dan penyelesaian sudah dikirim dari Istana Negara kepada rakyat jelata. Terima kasih buat Perdana Menteri ke-9 untuk 14 bulan pentadbiran mengakhiri transisi ketidakstabilan politik Malaysia. Terima kasih PM ke-9 untuk keamanan yang membolehkan Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan kesihatan yang dirasai seluruh dunia. Terima kasih PM ke-9 untuk pengakhiran yang baik dalam pertumbuhan ekonomi selepas peralihan ke pasca pandemik.  Terima kasih PM ke-9 untuk Reformasi Institusi dan mendamaikan seketika pejuang kiri dan kanan politik Malaysia, yang memberi ruang kepada rakyat untuk bernafas selepas derita. Terima kasih Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berani menerima dan menggalas beban ketika waktu yang tiada tanding tekanannya, ketika tiada yang lain mampu menyambutnya.  Terima kasih Anak Desa.  Terima kasih untuk segala aspirasi buat seluruh masyarakat dari Bera...

JADILAH PEMBANGKANG YANG BIJAK

Image
Rakyat sudah menolak Barisan Nasional. Ini realiti yang cukup pahit untuk ditelan. Berbekalkan hanya 30 kerusi, masih ada segelintir pemimpin BN yang tetap bercita-cita untuk menyertai kerajaan. Apa mereka tidak malu dengan prestasi terburuk BN dalam sejarah? Apa mereka tidak sedar bahawa ketaksuban menyertai kerajaan hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap parti? Seperti seruan Ismail Sabri, Tok Mat, Shahril Hamdan dan beberapa pemimin BN lain, lebih baik kita kekal sebagai pembangkang. Jadi blok pembangkang yang bijak. Kita pernah berada di tempat tersebut. Selepas kegagalan dalam PRU-14 pada tahun 2018, kita kekal sebagai pembangkang yang diketuai oleh Ismail Sabri. Sewaktu itu, kita bina semula kekuatan BN daripada blok pembangkang. Sedikit demi sedikit kita menangi kembali keyakinan rakyat. Kita semak setiap kegagalan Pakatan Harapan. Sampailah kita berjaya menghimpunkan satu juta rakyat di ibu kota. Sampailah kita menang besar dalam beberapa siri pilihan raya kecil. Sampail...

 PAKATAN HARAPAN GAGAL DAPATKAN 112 KERUSI

Image
Anwar dan Rafizi turun ke gelanggang demokrasi kali ini dengan penuh angkuh. Ramalan daripada pelbagai pusat kajian memilih mereka. Kumpulan 70 profesor Melayu memilih mereka. Twitter memilih mereka. Cuma Malaysia sahaja yang tidak memilih mereka. Cukuplah sekali, kata Malaysia. Keangkuhan Anwar dan Rafizi terserlah sepanjang kempen PRU-15. Belum lagi di menara kuasa, mereka sudah mengugut penjawat awam. Mereka ulang siar kekejaman Pakatan Harapan semasa zaman gelap 22 bulan. Anwar, tanpa sebarang bukti menuduh anggota tentera disuap RM300 untuk mengundi Barisan Nasional. Apabila ditanya soal bukti, senyap sepi pula. Rafizi pula mengisytiharkan perang terhadap Azam Baki, Ketua Pengarah SPRM. Rafizi tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM menyerbu premis INVOKE. Apa yang perlu ditakutkan Rafizi? Kamu sendiri yang meratib, berani kerana benar. Lawan tetap lawan. Itu kata-kata kamu. Barangkali kamu takut dengan siasatan SPRM kerana ada bangkai yang disembunyikan di bawah rumah? Kamu tidak...

KITA SEMUA ISMAIL SABRI

Image
Ismail Sabri ialah saya, anda dan mereka. Seorang anak penoreh getah, dibesarkan keluarga biasa, bersekolah di sekolah biasa, berkelana ke ibu kota untuk belajar dan mencari rezeki, juga seperti orang biasa. Rupa-rupanya yang biasa-biasa itu bikin dia insan luar biasa. Ismail Sabri ada di dalam diri kita semua. Buat anak-anak FELDA, Ismail Sabri ialah satu bukti, betapa anak petani juga bisa berjaya. Buat anak perantau di ibu kota, Ismail Sabri ialah satu harapan, moga-moga penghijrahan mereka juga dapat mengubah nasib keluarga sama seperti dia. Buat politikus muda, Ismail Sabri ialah satu teladan, betapa politik khidmat sebenarnya sudah cukup untuk membawa mereka ke hadapan. Buat politikus veteran, Ismail Sabri ialah satu kenangan, mengingatkan niat asal mereka menyertai politik suatu masa dahulu. Ismail Sabri ialah petani di kampung, pegawai di bandar. Dia orang kebanyakan, juga seorang negarawan. Dia ialah masa lalu, masa kini dan masa hadapan negara. Ismail Sabri ialah kita semua. ...

ISMAIL SABRI TIDAK PERNAH KISAH KAMU DARI PARTI MANA

Image
Ismail Sabri Berdarahkan UMNO dan Berjiwakan Keluarga Malaysia  Dalam Keluarga Malaysia anda tidak akan dibezakan mengikut parti  Hanya pada zaman Ismail Sabri kesemua ahli parlimen tanpa mengikut parti politik mendapat peruntukkan yang sama  Ismail Sabri tidak pernah kisah kamu dari parti mana ! Kamu ahli DAP ? Asalkan kamu B40 maka BKM tetap diberikan.  Ismail Sabri tidak pernah kisah JIKA kamu penyokong MUDA ! Asalkan kamu siswa maka kamu akan mendapat peranti siswa  Ismail Sabri tidak pernah kisah JIKA kamu ahli PKR Asalkan kamu rakyat Malaysia maka suntikan vaksin tetap akan diberikan ! Ismail Sabri tidak pernah kisah JIKA kamu ahli PAS  Asalkan kamu memerlukan pekerjaan maka Program Jamin Kerja akan dapatkan kamu pekerjaan.  Ismail Sabri tidak pernah kisah kamu ahli GTA  Asalkan kamu warga emas maka tetap akan mendapat RM 1 Billion dalam bajet 2023.  Ismail Sabri tidak pernah kisah kamu ahli WARISAN  Asalkan kamu rakyat Sabah maka ...

ISMAIL SABRI PENCETUS KETAMADUNAN POLITIK BAHARU

Image
  Takuk lama budaya politik Malaysia dahulu lebih berkisahkan tentang permusuhan dan persengketaan.  Kerajaan dan Pembangkang akan saling bermusuhan.  Semangat assabiyah kepartian lebih diutamakan melebihi rakyat dan negara.  Hanya apabila setelah wujudnya Ismail Sabri dalam pentas politik negara.  Dalam sekelip mata sahaja kerajaan dan pembangkang juga boleh duduk semeja.  Transformasi perjanjian politik tanpa mengira perbezaan parti politik demi rakyat dan demi negara berjaya diwujudkan.  Tiada musuh lawan dipenjarakan lagi dan tiada juga kawan dibebaskan dengan campur tangan dalam institusi kehakiman.  Politik merentasi kepartian kini menjadi pemangkin ketamadunan dan budaya baharu dalam sejarah politik negara.  Darah dan Jiwanya Walaupun UMNO tetapi aspirasi Keluarga Malaysia tidak akan meminggirkan sesiapa walaupun kalian bukan ahli UMNO.  Anak PKR , ANAK DAP , Anak GTA , Anak AMANAH , Anak PAS , Anak Wairsan , Anak GPS , Anak GRS t...

MANTAN PROFESOR YANG EMOSI, LEBIH PKR DARIPADA PKR SENDIRI

Image
Sejak kebelakangan ini terdapat seorang mantan Profesor dalam bidang sains politik di sebuah universiti tempatan yang giat sekali menggunakan media sosial beliau berkempen untuk memenangkan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15). Tanpa berselindung, beliau, yang telah bersara beberapa bulan lalu, menyebut menyokong dan akan mengundi PH dalam PRU 15 kerana katanya “kita mahu membangunkan Malaysia” dan “kita mesti lari dari politik kebencian dan perkauman sempit”. Tegas beliau lagi, dalam PRU 15 beliau mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana beliau yakin dalam beberapa bakal calon Perdana Menteri yang ada, Anwar adalah yang terbaik untuk memimpin negara hebat ini ke depan. Tidak pelik sebenarnya penegasan begini kerana sewaktu PH memerintah dahulu, beliaulah antara yang terkehadapan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan garis masa yang jelas dan tepat untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Kata beliau pada 30 Oktober 2019, jawatan itu per...

SARAWAK PILIH ISMAIL SABRI

Image
Kita sedang menghitung hari untuk membuang undi. Ramai yang mengatakan bahawa PRU-15 ialah ibu segala pilihan raya. Kenyataan ini benar belaka bagi rakyat Sarawak. Ini adalah pilihan raya yang pertama setelah pengiktirafan MA63. Pasca peristiwa bersejarah tersebut, status Sarawak sebagai rakan kongsi perlu dinatijahkan mana-mana parti yang membentuk Kerajaan. Sarawak sama sekali tidak mahu terus tercicir lebih-lebih lagi dengan kepesatan pembangunan jiran di Kalimantan. Bibit-bibit penaiktarafan Sarawak sudah mula dirasai di bawah kepimpinan Ismail Sabri. Nama Ismail Sabri akan selamanya dikenang dalam sejarah Sarawak memandangkan kejayaan beliau mengetuai usaha dwi-partisan untuk mengiktiraf MA63. Perjuangan MA63 ini sudah lama didahulukan oleh tokoh-tokoh Borneo. Ternyata tuntutan ini akhirnya disudahi Ismail Sabri. Penaiktarafan ini tidak terhenti di atas kertas. Pelbagai projek pembangunan di Sarawak diluluskan semasa pentadbiran Ismail Sabri. Lebuh Raya Pan Borneo, SSLR, Projek In...

ISMAIL SABRI MENGHORMATI SEMANGAT DEMOKRASI

Image
Undi ialah satu hak dan tanggungjawab.  Negara ini dibina daripada kertas-kertas yang dipangkah dan kemudiannya dibuang pada peti undi. Itu makna sebenar demokrasi. Daripada rakyat, untuk rakyat. Semangat ini yang didukung oleh Ismail Sabri. Bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia turun mengundi, beliau telah mengumumkan Hari Pelepasan Am pada 18 dan 19 November. Hal ini akan membantu pengundi luar pulang ke kampung halaman masing-masing dan melunaskan tanggungjawab mereka. Perjalanan mereka juga turut dipermudahkan dengan pengumuman tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya sempena PRU-15. Bagi membantu daripada segi kos perjalanan pulang mengundi, gaji penjawat awam dan penerima pencen juga dipercepatkan untuk bulan ini. Penjawat awam akan menerima gaji bulan ini pada 17 November manakala penerima pencen pada 14 November. Selama ini kita sering mendengar tohmahan kononnya BN tidak mahu pengundi luar pulang. Pengumuman ini membidas fitnah tidak berasas tersebut. Inilah kema...

PAKATAN HARAPAN PARTI JUTAWAN & BANGSAWAN

Image
Minggu lepas Rafizi isytihar memiliki harta RM 18 juta. Tahun 2017 Rafizi memungut derma untuk elak muflis. Tahun 2022 asetnya mempunyai RM 18 juta. Dalam tempoh 4 tahun, jadi RM 18 juta. 2 tahun sahaja sudah PKP akibat covid-19. Bermakna dengan 2 tahun, Rafizi ternak dan kumpul duit rakyat hampir 20 juta.  Ini kerja gila! SPRM wajar masuk. Lihat senarai di bawah!  Pemimpin PKR  1. Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor - RM106.1 Juta  2. Ramanan Ramakrishnan - RM 63.5 Juta  3. Dr Sathia Prakash - RM 40 Juta  4. Rafizi Ramili - RM 19.67 Juta  5. Lee Boon Chye - RM 13.6 Juta 6. Anwar Ibrahim - RM 11.2 Juta  7. Aminuddin Harun - RM 2.1 Juta 8. Wan Azizah - RM 1.4 Juta  Pemimpin DAP  1. Ngeh Koo Ham - RM 82 Juta  2. Gobind Singh - RM 12.4 Juta  3. Kulasegeran - RM 9 Juta  Pengisytiharan Harta 80 Calon PKR Bernilai RM 354 Juta  Jika 80 calon dibahagikan kepada RM 354 juta maka purata nilai kekayaan setiap calon PKR adalah sebany...

FASTEST Q3-2022 GROWTH IN ASEAN - ISMAIL SABRI LED GOVERNMENT LEADS THE REGION WITH AN IMPRESSIVE 14.2% GROWTH

Image
1. When Prime Minister Ismail Sabri became the premier in 2021, he had established a long-term vision of making Malaysian a carbon-neutral nation by 2050. Within those visions are smaller objectives such as ensuring Malaysia’s 2022 economic growth would lead the region- and the latest report showed.  2. Ismail Sabri launched the 12th Malaysia Plan, the 2022 Budget, and the 2023 Budget during his brief tenure as Prime Minister, and the results have started to show- with the Q3-2022 Gross Domestic Product shattering expectations with 14.2% growth.  3. Malaysia is the fastest growing Southeast Asian country this quarter, surpassing Vietnam that had an impressive 13.7% growth.  4. The forecast prior to this, as reported by Reuters had Malaysia’s Q3 growth only at only 11%.  5. Bank Negara Malaysia, the Central Bank if Malaysia, reported that the outstanding growth was due to ongoing policy support, accurate policy planning, and improvements in labour market conditions....

KDNK 14.2 PERATUS : DSIS BERJAYA MEMACU EKONOMI MALAYSIA

Image
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 14.2% tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini. Kadar pertumbuhan ini juga merupakan angka yang tertinggi yang Asia Tenggara.  Kadar pertumbuhan ini adalah jauh lebih baik berbanding suku kedua 2022 yang mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus, malah jauh lebih kukuh berbanding 5.0 peratus yang dicatat pada suku pertama 2022. Selain itu, campur tangan kerajaan keluarga Malaysia ke atas harga dan subsidi telah meminimumkan kesan terhadap pendapatan boleh guna isi rumah, ia mungkin memberi sokongan kepada pertumbuhan penggunaan. Angka ini juga jauh melebihi paras sasaran yang diramalkan oleh 22 pakar ekonomi Reuteurs yang menggangarkan pertumbuhan sebanyak 11.7 per cent%. Namun begitu , angka yang akhirnya berjaya didapati adalah setinggi 14.2%.  Kadar pengangguran di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan kepada 3.6 peratus pada September lalu, menurun 0.1 peratus berbanding 3.7 peratus pada Ogos. Jabat...

ISMAIL SABRI BERJAYA MENJENAMAKAN SEMULA UMNO

Image
1.0 Rasuah & Skandal  DSIS seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti.  Jika dahulu UMNO sering berhadapan dengan persepsi dengan rasuah dan pelbagai lagi jenis skandal. Namun begitu , walaupun pilihan raya kali ini DSIS merupakan satu - satunya calon Perdana Menteri BN tetapi tiada satu pun skandal yang dapat ditimbulkan oleh mereka.  Tiada rasuah , tiada penyelewengan , tiada kemewahan , tiada kebocoran , tiada sebarang unsur nepotisme dan tiada sebarang skandal berkaitan dengan mana - mana kontrak mahupun projek ! 2.0 Sombong & Angkuh  Imej ini juga berjaya dijernihkan oleh Ismail Sabri kerana beliau datangnya daripada seseorang yang miskin dimana ayahnya adalah seorang penoreh getah. Beliau bukannya seorang pemimpin yang lahir dari golongan kayangan mahupun bangsawan.  Oleh sebab itu , sifat orang kampung yang senantiasa rendah diri , tenang dan senyum kepada pihak walaupun kepada pihak musuh sekalipun sudah lama sebati dengan beliau.  3.0 K...