Eksport Ayam Ke Singapura Wajar Dihentikan
1. Sejak YAB PM DSIS mengumumkan jihad menentang orang tengah dengan menghapuskan AP, kartel-kartel ayam mula menunjukkan taji dan mencakar balas. 2. Mereka menghentikan bekalan ayam kepada pemborong dan peniaga. Hal ini menyebabkan stok ayam berkurangan secara mendadak di pasaran. 3. Keluarga Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada permainan kotor kultus taikun ini. Kami setia di belakang YAB PM DSIS melawan kartel. 5. Buat sementara waktu, isu bekalan ayam tetap perlu diselesaikan kerajaan memandangkan ayam ialah makanan ruji rakyat Malaysia. 6. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menghentikan eksport ayam ke Singapura buat sementara waktu bermula 1 Jun bagi menampung keperluan pasaran tempatan. 7. Pendekatan ini berani dan mungkin diklasifikasikan sesetengah pihak sebagai drastik. Namun, jangan sesekali biar anak di rumah kelaparan hanya kerana mahu menyusukan kera. 8. Malah sebenarnya tindakan ini bijak memandangkan nilai Ringgit yang lemah berbanding Dollar Singapura. Lewa...