Posts

Showing posts from March, 2022

Ismail Sabri Pecah Resmi April Fools

Image
  Tanggal 1 April sudah tentu sinonim dengan April Fools, hari untuk mengusik atau bergurau dengan kawan atau lawan dengan tujuan untuk memalukan mereka. Bagi Keluarga Malaysia, 1 April 2022 akan terus dikenang untuk tahun-tahun yang mendatang. Ismail Sabri hadiahkan Keluarga Malaysia sesuatu pada 1 April, namun ia bukan senda gurauan. 1 April 2022 dalam sejarah : Malaysia beralih ke fasa endemik. Sempadan dibuka, ekonomi dibuka, Malaysia bersedia untuk dibina semula. Keluarga Malaysia yang terkandas di Singapura dan negara-negara lain dapat pulang ke pangkuan keluarga setelah 2 tahun terkandas. Solat berjemaah dengan saf dirapatkan setelah kita terpisah dengan penjarakkan sosial. Permohonan pengeluaran khas KWSP kini dibuka. Dalam tempoh sesingkat 20 hari, Keluarga Malaysia dapat mengakses wang simpanan mereka bagi digunakan untuk persediaan Ramadhan dan Syawal. Premis perniagaan termasuk restoran mamak kini dibenarkan untuk beroperasi 24 jam. Sedar atau tidak, restoran mamak juga...

KWSP RM 10,000 : Lebih Mudah, Lebih Pantas

Image
  Permohonan pengeluaran RM10,000 daripada dana persaraan KWSP boleh mula dibuat mulai 1 April, sejajar dengan hari peralihan Malaysia ke fasa endemik setelah 2 tahun bergelut dengan pandemik Covid-19.   Ramai yang mahu mengaku hero kerana menuntut inisiatif ini, tidak kurang juga mereka yang menentangnya. Walauapapun pendirian anda, Dato’ Sri Ismail Sabri wajar diberikan kredit kerana bukan sahaja memberikan lampu hijau untuk pengeluaran ini, malah turut memudahkan proses permohonan buat pencarum yang berminat.   Permohonan pengeluaran khas dibuka bermula 1 April dan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April ini. Maksudnya, dalam tempoh sesingkat 20 hari, pencarum boleh mengakses wang simpanan mereka. Sekiranya pengeluaran sebelum ini dilakukan secara berperingkat, kali ini pemohon akan menerima RM 10,000 sekaligus pada satu-satu masa.   Wang ini dapat membantu pencarum dalam membiayai persiapan sambutan Ramadhan dan S...

Ismail Sabri Bakal Bawa Kemenangan 2/3 BN Dalam PRU 15

Image
  Dua Kali PRN, Barisan Nasional Menang 2/3 Pada Era Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri Kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang diterima baik oleh rakyat, dilihat turut menjadi antara faktor menyumbang kepada kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.  Di PRN Melaka, Barisan Nasional menang dengan 21 kerusi dari 28 kerusi DUN. Di PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.  Dasar dan pendekatan yang dibuat oleh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia memberi impak di Melaka dan Johor.  Pendekatan “Keluarga Malaysia” telah mengeratkan lagi perpaduan, suasana harmoni dan kestabilan antara kaum di negara ini.  Ismail Sabri mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir. Mempermudahkan urusan untuk pembeli rumah, tanpa slip gaji pun boleh memiliki rumah.  Apa yang lebih penting, sejak Ismail Sabri menjadi PM, kadar pengangguran di Malaysia telah berjaya dikurangkan denga...

Ismail Sabri Prihatin Nasib Nelayan

Image
  Isu pencerobohan maritim oleh warga Vietnam sudah lama disuarakan nelayan-nelayan tempatan. Sejak beberapa tahun yang lalu, nelayan Vietnam menceroboh zon ekslusif ekonomi di sekitar kawasan perairan Sarawak dan Pantai Timur untuk merompak hasil laut.   Lebih membimbangkan, mereka lazimnya menggunakan pukat tunda gading yang diharamkan di perairan Malaysia kerana ia boleh mencecah dasar laut lantas memusnahkan rumah ikan dan terumbu karang.   Isu ini pernah dibangkitkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri sewaktu beliau melawat Vietnam beberapa tahun lalu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.   Kini, beliau kembali ke negara itu. Kali ini sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau tetap memperjuangkan nasib nelayan tempatan dengan menggesa kerajaan Vietnam mengambil tindakan tegas ke atas nelayan-nelayan mereka yang menceroboh perairan tanah air.   Bersempena sambutan Jubli Emas hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara ini, Malaysia d...

KIT SIANG DAH BERSARA. ANWAR IBRAHIM BAKAL MENYUSUL?

Image
Baru baru ini, perhimpunan DAPSY  dijalankan dan kepimpinan baharu dijangka memberi saingan pada PRU 15. Malah, pengumuman persaraan Lim Kit Siang menjadi satu petanda bahawa 'dinasour' dalam kepimpinan Pakatan Harapan hampir pupus. Namun, jangan risau menteri kewayangan lupa titik perpluluhan masih ada.  Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun. "Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik." "Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda." Persoalan besar adalah, adakah Anwar Ibrahim bakal menyusul bersara dari politik juga? Dan memberi laluan pada kepimpinan baharu?  Persaraan ini sebenarnya mengikut jejak langkah Tun Mahathir yang secara sengaja memaklumkan pada khalayak namun secara senyap senyap mengatur buah catur politik  dibalik tabir. Tindakan ini secara tidak langsung memberi isyara...

BEKU AKAUN: ISMAIL SABRI BERJAYA MENANGI HATI PENGUNDI WANITA

Image
Puteri dan Wanita semakin dirasai kehadiran dalam tiap peperangan politik di peringkat akar umbi atau di peringkat nasional. Membawa semangat Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim, para wanita khususnya dalam Negara Malaysia pada hari ini dilihat lebih ekstrem dan berkobar kobar dalam memperjuangkan nasib kaum wanita itu sendiri terutama dalam menjawat jawatan jawatan berstatus tinggi di dunia korporat mahupun dunia politik. Walaupun nisbah lelaki bagi wanita dicatatkan lebih tinggi iaitu 106 lelaki berbanding 100 orang wanita(Statistik 2021), masalah penindasan terhadap kaum wanita saban hari dilihat semakin serius terutama bagi kes kes pembahagian harta pusaka atau penceraian. Namun, gerak mula buat Perdana Menteri Malaysia Ke 9 dilihat lebih menyebelahi kaum wanita. Satu inisiatif kerajaan yang mampu membela masyarakat wanita yang ditindas dilihat akan lebih berkesan sekaligus mengajar erti sebuah tanggungjawab buat insan yang bergelar LELAKI. Isu gantung tidak bertali,hak anak yang...

KWSP RM10k ONE OFF: MENTERI KEWANGAN JAYAKAN 6 STRATEGI YAB PM DSIS

Image
Strategi 1 : Supaya Pengeluar Terdahulu Yang Terjejas Boleh Keluarkan Lagi  Pengeluaran KWSP yang lepas baharu tamat pada bulan Februari 2022.  Seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan.  Ahli memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra pada 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.  Keadaan ini bermakna penerimaan terakhir sebelum ini hanya tamat pada bulan Februari 2022. Oleh itu , bagaimana hendak Perdana Menteri benarkan pengeluaran sekali lagi sebelum ahli yang lepas belum lagi menerima pengeluaran terakhir mereka? Strategi 2 :  Kerajaan Boleh Turunkan Wang Kepada Mangsa Banjir  Pada ketika itu , negara dilanda dengan banjir yang amat teruk sekali.  Sekirannya KWSP dibenarkan pada ketika itu maka Perdana Menteri tiada alasan untuk meminta kabinet mengeluarkan wang kerajaan bernilai ratus...

Dividen Tinggi, Kemudian 10k One Off : Ismail Sabri Pemimpin Berjiwa Rakyat

Image
  Pengumuman pengeluaran RM 10,000 one-off hadir tidak terlalu awal dan tidak pula terlewat, namun tepat pada masanya. Demikianlah kebijaksanaan seorang insan bernama Ismail Sabri.   Sebelum ini, beliau mengumumkan pemberian dividen KWSP tertinggi dalam tempoh 3 tahun terakhir iaitu sebanyak 6.10 bagi simpanan konvensional dan 5.65 bagi simpanan shariah. Dividen ini sedikit sebanyak membantu bagi membina kembali tabungan rakyat agar kita mempunyai wang tambahan untuk pengeluaran seterusnya.   Pengeluaran ini juga diumumkan selepas peralihan Malaysia ke fasa endemik. Hal ini bermaksud wang yang dikeluarkan rakyat dapat disuntik ke dalam pasaran ekonomi yang semakin sihat.   3 siri pengeluaran sebelum ini berlaku sewaktu rakyat terkurung di dalam rumah dek PKP yang bersilih ganti. Oleh itu, wang KWSP yang dikeluarkan rakyat tidak dapat dioptimumkan sepenuhnya bagi menyegarkan kembali pasaran ekonomi tempatan berikutan pengeluaran tersebut terpaksa digunakan...

Ismail Sabri Party Man Sejati

Image
  Saya yakin setiap seorang daripada kita sudah menonton video Ismail Sabri dicekak tangannya oleh Zahid Hamidi semasa pemimpin UMNO meraikan kemenangan besar mereka di Johor. Sebelum itu, sebilangan pasukan sorak upahan dan murahan melaungkan slogan, ‘bubar! bubar Parlimen!’ ke arah beliau.   Demikianlah hikayat hidup seorang insan bernama Ismail Sabri di dalam UMNO. Namun, kesetiaan beliau terhadap parti keramat ini tidak berbelah bagi.   Meskipun dipulaukan kepimpinan tertinggi parti yang dikepalai Zahid Hamidi, beliau masih menabur bakti di Johor untuk memenangkan Barisan Nasional.   Beberapa minggu kebelakangan ini, Ismail Sabri banyak menghabiskan masa di Johor. Pagi di ibu kota, petang di selatan tanah air.   Minggu lalu, beliau mengumumkan pembukaan sempadan Singapura - Johor yang memberi manfaat kepada lebih 415,000 Bangsa Johor yang mengerah keringat di negara seberang.   Selain itu, beliau meluluskan pemberian 3200 tanah lot k...

Bossku Sekadar Menunggang Arus Sokongan Rakyat Pada BN

Image
Tahun 2019 merupakan titik permulaan tahun kebangkitan Barisan Nasional dalam arena persada politik negara Malaysia. Bermula dengan PRK  Parlimen Cameron Highland dan diikuti dengan PRK DUN Semenyih , DUN Rantau , Parlimen Tanjung Piai , Parlimen Kimanis , dan DUN Chini dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa sebarang pengaruh "Bossku" dalam PRK tersebut.  Sokongan rakyat kembali kepada BN dan penolakan rakyat terhadap PH berbeza dengan penerimaan mereka kepada Bossku. Hal ini jelas terbukti rakyat menolak panglima setia Bossku iaitu Lokman Adam dalam PRK Sungai Kandis.  Realitinya , ada atau tiada Bossku dalam PRN Johor juga tetap akan dimenangi oleh BN seperti mana yang berlaku dalam PRN Sarawak.  Oleh itu , dari faktor politik Bossku sebenarnya lebih memerlukan PRN Johor daripada BN memerlukan Bossku di PRN Johor .  Bossku memerlukan satu pentas untuk terus menjadi relevan dalam arena politik Malaysia. UMNO atau BN pula tanpa sesiapa juga masih akan kekal revel...

KEMATANGAN POLITIK TRIO PEMUDA UMNO

Image
Semalam kemenangan besar BN di Johor sedikit tercalar berikutan tindakan segelintir kecil penyokong BN yang terpekik terlolong menuntut pembubaran Parlimen sebaik ketibaan YAB DSIS di Command Centre. Hal ini jelas bercanggah dengan budaya UMNO. Parti keramat ini dibina dengan rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Namun dalam kegusaran melihat penyokong berperangai tak berpedoman tersebut, hadir 3 sosok Pemuda yang bingkas mempertahankan YAB DSIS. Trio Pemuda hebat tersebut ialah Farid Md Nor (Ketua Pemuda UMNO Pahang), Amin Shukor (Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor) dan Neezam Abdul Aziz (Ketua Pemuda UMNO Pandan). Ketiga-tiga pemimpin muda ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan segelintir penyokong yang dikatakan biadap dan tidak menghormati kepimpinan parti. Ternyata masa hadapan UMNO cerah sekiranya pemimpin-pemimpin muda parti meneladani kematangan trio Pemuda tersebut. Penghormatan kepada pemimpin tertinggi parti dan institusi Perdana Menteri telah lama menjadi darah da...

BANGSA JOHOR PILIH ISMAIL SABRI

Image
Tahniah Johor! Anda undi kestabilan.  Sekiranya 75 tahun lalu UMNO dilahirkan di Johor, semalam UMNO dilahirkan semula dengan wajah baru yang lebih segar di bumi bertuah ini. Demikianlah simbolik kemenangan BN di Johor. Kredit sewajarnya diberikan kepada Ismail Sabri sebagai pencatur politik yang bijak.  Beliau sedar bahawa dinamik politik di Johor berbeza dengan negeri-negeri lain. Oleh itu, tawaran-tawaran yang dibuat oleh Ismail Sabri sememangnya eksklusif untuk Bangsa Johor. Hadiah terbesar beliau sudah tentulah pembukaan sempadan Malaysia - Singapura. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pembukaan laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua. Tawaran ini cukup lumayan dan besar ertinya buat lebih 415,000 Bangsa Johor yang mencari rezeki di tanah seberang. Tawaran ini hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri khusus untuk Bangsa Johor. Selain itu, Johor merupakan negeri kedua yang mempunyai tanah rancangan FELDA terbanyak di Malaysia dengan jumlah ke...

KWSP Main Peranan Besar untuk Pasaran Modal Tempatan

Image
Malaysia panas lagi sekali dengan desakan gerakan-gerakan untuk meminta kerajaan mengeluarkan ‘”one off” duit KWSP lagi sekali. Kata mereka; 10k terakhir. Saya dengar dengar, nama yang mereka berikan ialah i-Ceria. Mungkin ini adalah berita ceria bagi rakyat yang tak faham apa, mengapa dan kenapa KWSP ini ditubuhkan. Juga bagi mereka yang tidak faham bahawa KWSP ini bukan sekadar pusat dana pencen mereka, tapi lebih dari itu, yang mana bagaimana KWSP memainkan penting dalam pasaran modal tempatan. Tapi persoalan yang lebih besar untuk kita sama rungkai, adakah desakan ini berita gembira kepada ekonomi kita? Baik sebelum kita pergi lebih mendalam, elok kita lihat betapa KWSP telah kehilangan berpuluh billion dengan pengeluaran KWSP sebelum ini. Menurut, sidang media KWSP bertarikh 24.09.2021, sebanyak hampir 20 billion pengeluaran untuk i-Lestari, 10 billion pengeluaran KWSP telah dikeluarkan untuk i-Citra dan hampir RM 60 billion pengeluaran KWSP telah dibenarkan untuk i-Sinar. Bayangk...

Tawaran Ismail Sabri Untuk Johor

Image
  Semboyan PRN Johor kian berkumandang. Perayaan demokrasi kali ini cukup mustahak bagi Dato’ Sri Ismail Sabri memandangkan rata-rata penganalisis politik meletakkan prestasi Barisan Nasional (BN) di Johor sebagai kayu ukur sentimen rakyat terhadap beliau.   Johor adalah negeri yang unik. Ini tanah yang menyaksikan kelahiran parti keramat UMNO. Sebelum PRU-14 yang lampau, Johor sering dianggap sebagai deposit selamat BN. Tugas Ismail Sabri cukup berat. Beliau perlu mengembalikan keyakinan Johor kepada BN yang hilang pada 2018 sekaligus memberikan signal kelahiran semula UMNO di negeri asal usul parti ini.   Beberapa minggu kebelakangan ini, Ismail Sabri banyak menghabiskan masa di Johor. Pagi di ibu kota, petang di selatan tanah air.   Sambutan paling hangat terhadap kunjungan beliau sudah tentu daripada warga FELDA. Ismail Sabri turun ke Johor dengan imej seorang anak penoreh getah yang berjaya. Beliau adalah ikon bagi anak-anak peneroka yang bercita-cit...

DASAR EKONOMI YAB PM DSIS BERJAYA LONJAKKAN EKONOMI NEGERI JOHOR

Image
Bera sebuah daerah dalam negeri Pahang, ada jalan kampung menghubungkan dari Bera, Triang, Mentakab hingga ke Segamat, Johor. Bera mungkin jauh mengikut Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk sampai ke negeri Johor Darul Takzim tetapi terlalu dekat dari Bera untuk ke Segamat. Begitulah juga dekatnya hati Perdana Menteri dengan Negeri Johor.  BUKTINYA ; Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara utama yang dibuat oleh Ismail Sabri adalah berbincang dengan Presiden Singapura untuk mengadakan bubble-lane melalui “program jalur hijau dua hala” bagi memudahkan keluar-masuk pekerja dari Malaysia ke Singapura. Sejak Mac 2020, Malaysia dan Singapura telah menutup pintu sempadan, lebih 300 000 pekerja Malaysia dari Johor terkandas hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan. Selama ini, pekerja Malaysia mempunyai gaji yang lumayan, sebulan 2000 SGD bersamaan RM 6 000. Menurut perangkaan, median tangga gaji pekerja Malaysia di Singapura sebulan berjumlah 2500SGD bersamaan RM 8000. Penutu...

Kepimpinan Ismail Sabri Membawa Malaysia Ke Fasa Endemik Bukti Malaysia Perlukan Seorang PM Yang Ada Pengalaman Menguruskan Pandemik

Image
Pengalaman beliau sebagai seorang pemimpin yang berjaya memimpin Malaysia ke FASA Pandemik amat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Pada zaman yang berbeza kita memerlukan pemimpin yang memiliki ciri - ciri dan pengalaman yang berbeza.  Untuk zaman pandemik ini kita perlukan segala pengalaman Ismail Sabri sebelum ini dari Menteri Pertahanan yang jaga MKN negara dan terkini sebagai Perdana Menteri dalam berhadapan dengan Covid. Negara Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula 1 April 2022. Ini adalah fasa untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Kita akan kembali kehidupan 'normal' yang kita nikmati sebelum ini. Had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.  Operasi kedai-kedai makan yang sebelum ini dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja kini mendapat kebenaran untuk dibuka dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara...

10 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Artikel Free Malaysia Today Bertajuk 76% Pekerja Sokong Pengeluaran Caruman KWSP

Image
76% daripada 1,211 pekerja di Malaysia bersetuju supaya satu lagi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan - FMT 1. Artikel ini sudah pun tiada dalam lawan web FMT. Adakah kerana mereka melaporkan berita dan kajian yang palsu ? Hal ini disebabkan , FMT jarang akan memadamkan sebarang laporan berita mereka. Lebih - lebih lagi tiada sesiapa yang mendakwa mereka.  https://www.freemalaysiatoday.com/.../76-pekerja-sokong.../ 2. Angka kaji selidik seramai 1211 daripada 15.5 juta bilangan pekerja di Malaysia hanyalah 0.007% daripada keseluruhan tenaga pekerja di negara Malaysia.  3. Sebanyak 66% yang mahukan pengeluaran KWSP demi meneruskan kehidupan  - Ini adalah kaji selidik pekerja dan keadaan ini hanya menandakan mereka bukan penggangur dan kini memiliki kerja serta gaji setiap bulan  - Oleh yang demikian , alasan untuk meruskan kehidupan bukanlah sesuatu alasan yang munasabah  4. 58% pula mahukan pengeluaran dana sokongan kerana ketidak...

Ketokohan Wanita Di Sebalik Kepimpinan Negara

Image
  Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Bagi sosok bernama Ismail Sabri, hidup beliau sememangnya dikelilingi wanita. Bukan bermaksud seperti seekor buaya darat, namun beliau sentiasa menghormati dan mendengar pandangan wanita-wanita besi yang menghuni Putrajaya dan kediaman peribadi beliau.   Sudah tentu wanita nombor satu di hati beliau ialah Datin Sri Muhaini Zainal Abidin. Setelah 36 tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datin Sri Muhaini dapat melihat Dato’ Sri Ismail Sabri membesar daripada seorang politikus muda menjadi negarawan ulung. Rakyat kebanyakkan jarang menyaksikan kelibat Datin Sri Muhaini di khalayak umum. Beliau lebih selesa berada di belakang tabir. Hasil air tangan beliau berjaya membesarkan 4 orang anak yang menempa nama dalam bidang masing-masing termasuklah seorang lagi wanita hebat yang wajahnya tidak tumpah seperti ibunya, Datin Nina Sabrina.   Di Perdana Putra pula, beliau bergantung harap kepada 2 orang wanita besi seb...

TAN SRI IDRUS HARUN DISAMBUNG KONTRAK AG: BUKTI YAB PM DSIS MAHU BADAN KEHAKIMAN KEKAL BEBAS DARI CAMPURTANGAN POLITIK.

Image
  Sambungan Kontrak Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara Bukti Ismail Sabri Hormati Kemulian Sistem Perundangan Negara Malaysia  1. Beliau berjaya memulihkan kemerosotan moral Pejabat Peguam Negara yang dipegang oleh Tommy Thomas sebelum ini  2. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong yang melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri 3. Pengalaman lama beliau sebagai penasihat undang-undang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penting untuk PRU 15 yang akan datang  4. Tiada sebab lain setakat ini untuk tidak melanjutkan kontrak Idrus Harun kerana beliau tidak melakukan sebarang kesilapan semasa menjadi AG sekian lama . Juga tidak terpalit dengan mana - mana skandal 5. PM Ismail Sabri tegas mahu mempertahankan institusi perundangan dan kehakiman negara kita untuk bebas daripada mana - mana pengaruh politik  6. Lanjutan ini adalah satu keputusan yang tepat supaya skan...

Rakyat Johor Sambut Baik Semangat Keluarga Malaysia Cetusan YAB PM DSIS

Image
  Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia melebarkan sayapnya ke Selatan Tanah Air. Di seluruh Negeri Johor, agenda pengayaan teras Keluarga Malaysia melalui Keterangkuman, Kebersamaan, dan Kesyukuran disemarakkan melalui pelbagai agenda seperti Jelajah Pendidikan (Segamat), Karnival Muafakat (Kota Tinggi), dan Jualan Keluarga Malaysia (Johor Bahru). Banyak lagi program bermanfaat telah dirasai warga Johor sepanjang minggu lalu. Keterangkuman Keluarga Malaysia bersifat rentas sempadan agama, bangsa, dan kaum telah menunjukkan penerimaan Bangsa Johor untuk terus bersatu padu untuk kestabilan ekonomi Johor. Masyarakat Cina dan India turut menyambut baik inisiatif yang dicetuskan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Ada dalam kalangan masyarakat bukan melayu memberi respon positif kepada kepemimpinan beliau ke arah rentak ekonomi yang lebih cemerlang.  Semangat Keluarga Malaysia dirasai di PRN Johor.Malah oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang termasuk pengunjung dan peniaga juga men...