DAP Lim Guan Eng Tidak Seharusnya Mempersoalkan Siasatan Terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali
1. Tidak Adil Untuk Bandingkan Dengan Kes Azam Baki Lim Guan Eng sebenarnya sudah menfitnah Azam Baki apabila beliau mengatakan “Mengapa SPRM gagal membuka serta-merta kertas siasatan ke atas Azam Baki kerana melanggar undang-undang dalam pembelian berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit?” Realitinya saham yang dibeli oleh Azam bernilai pada awalnya hanya bernilai RM330,000 dan bukannya berjuta - juta ringgit seperti mana yang dituduh oleh Lim Guan Eng. Berdasarkan harga awal, ia bukanlah satu saham yang mahal untuk diperoleh. Banyak pihak juga sudah pun melakukan siasatan terhadap Azam Baki yang merangkumi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Mencegah Rasuah Parlimen (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA). Isu ini juga telah diputuskan dan tiada kes oleh inkuiri pihak SC. 2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mempunyai Kuasa Untuk Menyiasat Pegawai Badan Awam SPRM memiliki kuasa untuk menyiasat kes ...