Posts

Showing posts from September, 2022

ISMAIL SABRI MAKIN DIKENALI DUNIA

Image
Sewaktu awal perlantikan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, ramai mempersoalkan kebolehan beliau untuk berdiplomasi dengan pemimpin negara luar. Tapi ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali, Ismail Sabri berjaya untuk mengadakan pelbagai lawatan kerja ke pelbagai negara serta dikunjungi oleh pemimpin negara luar. Antara negara yang menerima lawatan kerja Ismail Sabri adalah Indonesia, Turkiye, Brunei dan Dubai.  Dan antara pemimpin negara yang mengadakan lawatan ke Malaysia adalah Mendiang Shinzo Abe daripada Jepun, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, Perdana Menteri Qatar dan Nancy Pelocy, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Malah, nama Ismail Sabri makin dikenali di mata dunia apabila baru baru ini beliau berjaya menarik perhatian pemimpin dunia dengan berucap dalam bahasa Melayu ketika Persidangan UNGA kali ke 77. Lebih menarik, ketika berucap, Ismail Sabri berpakaian baju Melayu hitam bersama songkok yang membawa imej budaya dan warisan melayu ke persada ...

LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI KE EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) MEMBENTUK SINERGI BAHARU ANTARA DUA BUAH NEGARA

Image
  Hubungan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah terjalin sejak awal tahun 1970-an lagi menjadikan hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah negara ini tidak perlu disangkal lagi. Malah, hubungan kedua buah negara ini bertambah kukuh dengan lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke UAE pada 26 September yang lalu bagi membincangkan peluang kerjasama baharu. Dato’ Seri Ismail Sabri telah menyuarakan beberapa pandangan bagi memperkukuh kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan UAE, selain turut membincangkan isu kemanusiaan sejagat yang perlu dijuarai oleh UAE selaku antara kuasa besar dunia. Lawatan dan perkongsian pandangan ini secara langsung telah membentuk sinergi baharu antara kedua-dua buah negara dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara kerjasama yang dibincangkan adalah berkaitan isu sekuriti makanan yang menjadi cabaran besar buat semua negara di dunia. Beliau mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi membincangkan skop kerjas...

DSIS DISAMBUT SEBAGAI WIRA PEJUANG BAHASA SEJATI

Image
Wakil DBP dan PENA hadir dengan sepanduk untuk menyambut kembali kepulangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai wira yang mematabatkan Bahasa Melayu di pentas dunia.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu. Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya". Ismail Sabri turut mengingatkan supaya tidak perlu berasa malu atau kekok untuk menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkata usaha mematarbatkan bahasa Melayu akan diteruskan dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala di dalam mahupun di luar negara mengikut kesesuaian.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana ...

GAGASAN KELUARGA MALAYSIA MEMACU KESEJAHTERAAN NEGARA

Image
  Malaysia berjaya meletakkan diri sebagai salah sebuah negara terbaik dalam menguruskan keamanan dan kesejahteraan nasional. Menurut laporan Global Peace Index (GPI) 2022 oleh Institute of Economics and Peace (IEP) yang diterbitkan pada Jun 2022, Malaysia melonjak empat anak tangga, menduduki tempat ke 18 daripada keseluruhan 163 buah negara pada tahun 2022.  Laporan GPI yang bersifat komprehensif ini membabitkan 97.3% penduduk dunia dan penentuan indeks ditentukan menggunakan 23 indikator, termasuk konflik dalam negara, kestabilan politik, kadar jenayah serta ancaman keganasan.  Selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang digagaskan pada 22 Ogos 2021 oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan ini jelas menggambarkan keupayaan gagasan Keluarga Malaysia dalam memacu kesejahteraan negara dan seterusnya meletakkan negara di tangga yang terbaik sejak GPI ini bermula pada tahun 2008. Konsep Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan k...

INDEKS KEAMANAN DUNIA 2022 YANG TERBAIK SEJAK 2008 BUKTI PENTADBIRAN DSIS BERJAYA MEMBAWA KESTABILAN

Image
Indeks Keamanan Dunia atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya. Malaysia tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.  Laporan yang disediakan oleh Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP) membentangkan analisis yang dipacu data paling komprehensif mengenai petunjuk aliran keamanan, nilai ekonomi serta cara memupuk masyarakat yang aman.  GPI meliputi 99.7 peratus penduduk dunia dengan menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif daripada sumber yang sangat dipercayai.  Data itu mengukur aspek keamanan merentas tiga faktor utama iaitu tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan.  GPI menggunakan indeks komposit yang mengukur kedamaian sesebuah negara pada...

MALAYSIA’S CONSISTENT PURSUANCE FOR PEACE

Image
  1. Malaysia is ranked 18th most peaceful country in the world, according to the Global Peace Index (GPI), out of 163 countries. 2. Occupying the spot within the Top-20 most peaceful sovereign state per the annual index of the Institute for Economics and Peace betters Malaysia’s own performance from its 23rd ranking in 2021. 3. Despite the tension over the years, Malaysia’s foreign policy practices and cooperation with other countries are seeing better days. 4. The evaluation is made based on a total of 23 indicators, under several categories. Malaysia’s involvement in its domestic and international conflicts; domestic harmony discords; and areas such as crime rates, non-state actors activities, and political stability are measured. 5. Malaysia ranks ahead of larger states such as the United Kingdom (34), China (89), and the United States of America (129).  6. With Malaysia known to have multi-cultural and religious components in its community, Malaysians should b...

SEORANG LAGI "ISMAIL" LAKAR SEJARAH DI PERHIMPUNAN AGUNG PBB

Image
SEPTEMBER 1957; sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan 1957, Duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, Tun Dr Ismail Abd Rahman muncul di Perhimpunan Agung PBB untuk menyampaikan ucapan. Beliau melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berucap di pentas PBB. Penampilan sulung Dr Ismail ketika itu, lengkap berbusana Baju Melayu siap berkeris.  Kebijaksanaan diplomatik Tun Dr Ismail ketika itu dipuji dan khidmatnya untuk Malaysia sangat diperlukan sehingga beliau diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas itu.  SEPTEMBER 2022; sebulan selepas negara meraikan kemerdekaan ke-65 2022, giliran YAB Perdana Menteri kesayangan kita bernama Ismail Sabri Yaakob pula, kembali melakar sejarah. Beliau tampil mencuri tumpuan seluruh delegasi lain dengan lengkap berbusana Baju Melayu bersongket. Kali ini, sejarah yang Ismail Sabri cipta lebih gemilang; Beliaulah Perdana Menteri sulung berucap di pentas PBB dengan Berbahasa Melayu!  YAB Perdana Menteri memang je...

DSIS TEGAS MELAWAN KUASA BESAR DUNIA DI PERSADA PBB

Image
Malaysia hari ini mencipta sejarah meminta kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihapuskan selaras dengan prinsip satu negara satu undi. Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya. Pemimpin negara kita segak memakai baju Melayu hitam dan berucap menyampaikan Kenyataan Negara dalam Bahasa Melayu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77.  Ismail Sabri berkata, konflik dan krisis yang berlaku di dunia seperti di Ukraine, Palestin dan Myanmar, tidak dapat diselesaikan kerana kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB. Tambahan pula , masalah yang paling besar di PBB adalah Majlis Keselamatan, yang menyaksikan kuasa veto sering kali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya. Lebih lebih lagi konflik hanya akan mengakibatkan kesan negatif kepada seluruh dunia dan memberi contoh pelbag...

UCAPAN PALING BERANI DAN JUJUR DALAM SEJARAH PEMIMPIN MALAYSIA DI PBB

Image
Pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak asing bagi pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyatakan kekesalan mereka terhadap masalah global. Sedari dahulu, Malaysia sememangnya lantang menyuarakan tentang isu-isu berkaitan hak asasi manusia. Namun, ucapan Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini cukup berbeza. Jujur dan berani, itu sahaja kesimpulan yang seadilnya boleh ditamsil bagi menggambarkan ucapan beliau di UNGA-77. Beliau merupakan pemimpin Malaysia pertama yang menggesa penghapusan kuasa veto PBB di pentas PBB. Malah sepanjang 77 tahun penganjuran Perhimpunan Agung, jumlah pemimpin dunia yang menggesa penghapusan kuasa veto secara terbuka di sesi debat umum boleh dibilang dengan 2 tangan. Kata beliau, kuasa veto tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Selain itu, beliau turut memanggil Israel sebagai sebuah entiti Apartheid. Kecaman terhadap Israel itu perkara biasa. Namun, lazimnya pendirian itu tidak dinyatakan di pentas tertinggi dunia dan d...

YAB PM BAWA SEMANGAT KELUARGA DUNIA KE PENTAS PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Image
Petikan Shakespeare, "Dunia adalah pentas, dan semua lelaki dan wanita hanyalah pemain," boleh diubah menjadi, "Semua dunia adalah keluarga dan semua lelaki dan wanita ahlinya," untuk mencerminkan semangat sebenar 'Vasudhaiva Kutumbakam ', kata mutiara Sanskrit dari Maha Upanishad. Tetapi kita dapati bahawa dunia semakin menjadi semakin berkonflik, berpecah-belah, tegang dan berpolarisasi. Dalam ucapan tegas dan penuh semangat YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 beberapa jam lalu, Dato' Seri Ismail Sabri telah menggambarkan jawapan yang tepat kepada konflik-konflik dunia yang baharu dan sedang berlaku ketika ini. Disebabkan dunia tidak bekerja sebagai sebuah keluarga dan mengangkat kepentingan diri lebih dari negara lain, perperangan dan krisis terus berlaku. Dari krisis fizikal Ukraine - Rusia, ia bukan sahaja beri kesan kepada rakyat mereka bahkan kepada negara lain. Sekuriti makanan terjejas akibat pe...

YANG GAGAL ITU MUHYIDDIN

Image
Lewat ini, Muhyiddin Yassin semakin lantang menyalak. Katanya, itu gagal, ini gagal. Ini satu ironi yang sungguh melucukan. Bagaimana Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah negara punya keyakinan untuk bersuara seolah-olah sumbanganya besar dan bermakna? Kita sering melaungkan bahawa 22 bulan bersama Tun merupakan mimpi ngeri. Realitinya, 17 bulan bersama Muhyiddin hanya lanjutan daripada episod mimpi hitam yang berpanjangan. 1. Pengurusan COVID-19 yang lemah Saya tidak mahu bercerita tentang KDNK, FDI dan lain-lain indikator ekonomi. Saya ingin berlaku adil. Sewaktu COVID-19, prestasi ekonomi memang akan merosot. Namun, strategi pengurusan COVID-19 kita terlalu lemah di bawah Muhyiddin. Berdasarkan COVID Resilience Ranking oleh Bloomberg pada Ogos 2021, daripada 53 ekonomi terbesar dunia, Malaysia berada di kedudukan terakhir dalam aspek pengurusan COVID-19. 2. Kuarantin melebihi tempoh PKP, PKPP, PKPD, PKP 2.0 dan bermacam huruf lagi diperkenalkan Muhyiddin sewaktu beliau di anjung...

CINTA & TEXAS CHICKEN

Image
Saya sebenarnya tertarik nak ulas sedikit isu mengenai posting Datuk Seri Ismail Sabri baru baru ini. Beliau sekadar menyatakan rasa nostalgia beliau terhadap kedai kedai makan tempat beliau ‘dating, dulu seperti A&W, KFC dan Texas Chicken. Tapi masalahnya, posting yang sangat neutral, tidak melibatkan mana mana kaum, agama, apa apa parti politik pun, masih pihak pihak tertentu cuba nak cari salah walaupun mereka salah. Kata mereka apa, Texas Chicken ini baru sahaja dibuka 2013 di Malaysia, jadi cerita DSIS ini direka reka. Tapi yang kelakarnya apa, yang dok komen komen ni semua tak lahir pun lagi zaman tu, malah kebanyakannya yang lahir tahun 2000 ke atas.  Bila orang komen benda tu betul dan mengiyakan statement DSIS, dikatakan menipu bersama sama. Aish susah orang yang macam ni. Pertama sekali, Texas Chicken memang sudah ada di Malaysia sejak tahun 1980an lagi cuma dia tutup dan dibuka semula pada tahun 2013. Mudahnya, Texas Chicken sekarang ialah Texas Chicken yang dihidupk...

PRIME MINISTER’S FOCUS : SAVING MALAYSIAN LIVES AND WELL-BEING TAKES PRIORITY ABOVE EVERYTHING ELSE

Image
1. The December 2021 flood is still fresh in some of our minds, and those moments are likely to stay with us, Malaysians for a while. This was considered as the first serious crisis apart from the Covid-19 pandemic for Prime Minister Ismail Sabri. 2. That moment became the benchmark, and the Malaysian cabinet led by Ismail Sabri began to place priority on flood mitagation plans in the country.  3. When the news started brewing recently that the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) are expecting Malaysia to have more floods due to higher rainfall around the end of the year, Ismail Sabri had already begun his plans to implement flood mitigation projects in states such as Selangor, and Kedah, to name a few. The plans taken by Ismail Sabri was months prior to the forecast. 4. For example, the Second Rolling Plan 2022 under the 12th Malaysia Plan has seen Ismail Sabri approving RM 6.3 billion worth of implementation for infrastructure development and services across several...

ERA KEPIMPINAN DSIS MEMBUKTIKAN HAK DAN SUARA ASPIRASI ORANG MUDA DIANGKAT

Image
DSIS pembela aspirasi orang muda. Sebanyak 7.8 juta pengundi baharu dijangka bertambah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. Daripada jumlah ini, sebanyak 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun dan sekali gus menunjukkan jumlah pengundi muda mewakili 34% daripada keseluruhan pengundi. Rentak pemikiran Barisan Nasional (BN) terutama UMNO tidak boleh berbeza dengan pengundi muda jika berhasrat meraih undi majoriti golongan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Oleh sebab itu , Barisan Nasional seharusnya lebih mendekati anak muda untuk menang dalam PRU yang akan datang. BN perlu susun langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda. Sejarah sudah membuktikkan hanya parti BN yang boleh menjamin kestabilan anak-anak muda berbanding dengan parti lain. Dalam era pentadbiran Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kita walaupun hanya dalam setahun sahaja tetapi segala aspirasi dan hasrat orang muda sudah berjaya dilaksanakan oleh beliau. 1. Peranti Sis...

PRESIDEN & PM TONGGAK KEKUATAN UMNO BN

Image
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor Amin Mohd Shukor berkata seluruh kepimpinan sayap dan akar umbi terus menyokong Ismail Sabri serta Ahmad Zahid untuk menerajui pucuk pimpinan. "Ketua-Ketua Pemuda bukan sahaja daripada UMNO tetapi BN dan kepimpinan dari seluruh negara menzahirkan secara jelas, yang pertamanya sokongan 100 peratus kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada. "Kami turut menzahirkan kepimpinan parti yang diterajui Ahmad Zahid sebagai antara peneraju terbaik bersama dengan Perdana Menteri untuk memikirkan perkara-perkara yang terbaik bagi rakyat," Perdana Menteri Ismail Sabri pula pernah menyatakan "Saya dengan presiden 'ngam'.  “Presiden dengan saya tidak ada isu. Saya kenal presiden sudah lama, waktu s...

SENARAI KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN DAN DAP MEMERINTAH NEGARA SELAMA 22 BULAN

Image
Rakyat Mesti Sokong BN Dalam PRU 15. Adakah kalian sudah lupa tentang segala kerosakan DAP selama 22 bulan memerintah ?  Kita jangan sesekali lalai dan leka dengan sejarah pahit lama kita merana dalam pentadbiran mereka. 1.0 Ekonomi  Hutang langsung negara telah mencecah RM800 bilion berbanding RM686.8 bilion masa BN Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. Jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN. Gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg Gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei. Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion. Indeks Pe...