Posts

Showing posts from August, 2022

MERDEKA & ISMAIL SABRI

Image
Beliau merdekakan kita daripada pandemik  Beliau merdekakan kita daripada pengganguran Beliau merdekakan kita daripada penutupan ekonomi  Beliau merdekakan kita daripada penutupan sempadan  Beliau merdekakan kita daripada Anwar & DAP berkuasa  Beliau merdekakan badan kehakiman kita daripada sebarang campur tangan  Beliau merdekakan Sabah & Sarawak dengan kelulusan MA63  Beliau merdekakan pelajar cemerlang daripada membayar PTPTN  Beliau merdekakan pepecahan kita dengan Keluarga Malaysia  Beliau merdekakan beban kita dengan i-Citra  Beliau merdekakan kita daripada inflasi dengan subsidi RM 77.7 Billion  Beliau merdekakan kita daripada cengkaman kartel ayam  Beliau merdekakan kita daripada kenaikan kadar elektrik dengan subsidi RM 5.8 Billion  Beliau merdekakan kemelesetan ekonomi kita dengan pertumbuhan GDP 8.9%  Beliau merdekakan kita daripada ketidakstabilan politik dengan MoU  Beliau merdekakan kita daripada...

HADIAH HARI KEMERDEKAAN BUAT PENJAWAT AWAM

Image
Peningkatan kadar inflasi negara sebanyak 4.4% tidak mematahkan kudrat Dato Seri Ismail Sabri untuk memperjuangkan nasib pegawai perkhidmatan awam di negara Malaysia. Di sebalik merencana pelbagai usaha ke arah pemulihan ekonomi,Dato Seri Ismail Sabri turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu pegawai perkhidmatan awam seperti yang beliau umumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam. Ketika majlis tersebut,Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) kepada 180 hari. Beliau juga menambah sebanyak 15 hari Kadar Cuti Rehat Khas dan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat. Tidak cukup dengan itu,beliau juga mengumumkan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum,bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 ...

THE MERDEKA SPIRIT

Image
1. 65 years on, Malaysia remains to be one of the soft spots of the world that represents a country that has been able to balance at least 3 recognized ethnicity- Malays, Chinese, and Indians. Today, Malaysia celebrates her 65th Merdeka Day celebration and it was a joyous occasion met with a sea of people with an estimated figure of 70,000 people at the Merdeka Square.  2. Throughout the years, Malaysia’s reputation for ‘Merdeka’ has not just become a good-day-out for Malaysians, but it has garnered international attention indicating national unity which is a rare sight even for a modern-day country.  3. Malaysia, being a prominent actor in Southeast Asia thrived through different styles of leadership, and for the 65th anniversary of her independence, Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri (DSIS) brought back the celebratory occasion that is the ‘Merdeka Parade’, after 2 years of celebratory absence due to the Movement Control Order.  4. Malaysians, and visitors from count...

PERDANA MENTERI TIDAK MELUPAKAN TULANG BELAKANG NEGARA

Image
  1. Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 65, Perdana Menteri Malaysia memulakan hari dengan memberikan ruang penghargaan yang besar kepada tulang belakang negara di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam. Impian Keluarga Malaysia mestilah dimulakan terlebih dahulu dengan membela kebajikan keluarga yang berkerja untuk negara.  2. Tidak salah untuk saya katakan bahawa golongan penjawat awam ini adalah golongan yang paling banyak berikhtiar dalam memastikan negara terus bergerak dalam keadaan kemelut politik dan pandemik yang berpanjangan. Kini apabila kestabilan sudah mula dirasai, saya percaya ganjaran yang sewajarnya memang patut diberikan untuk dijadikan sebagai insentif untuk menambahkan semangat pekerja sektor awam negara. 3. Soroton lampu tinggi sudah tentu kepada pengumuman YAB Perdana Menteri yang telah memperuntukkan Rm1.3 billion sebagai bantuan khas sebanyak RM700 kepada penjawat awam di bawah gred 56 dan bantuan khas RM300 sebagai bantuan khas kepada gol...

TIBA MASA LOKMAN ADAM BELAJAR ERTI SEPARATION OF POWER

Image
  Lokman Adam sepatutnya belajar tentang teori pengasingan kuasa dan bukannya terus menyebarkan dakyah palsu yang tidak memanfaatkan kita semua.  Pembahagian institusi negara kepada tiga dikenali sebagai doktrin atau prinsip PENGASINGAN KUASA.  Dalam mengamalkan sistem demokrasi, menerusi peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga badan atau organ atau institusi, iaitu Eksekutif; Parlimen; Kehakiman. Apabila gagal memahami teori ini maka Lobakman pula terus mengaitkan semua benda yang berlaku dalam negara kita dengan Perdana Menteri kita iaitu Ismail Sabri.  Najib disabitkan bersalah pun Ismail Sabri yang dipersalahkan.  Lobak sendiri yang melanggari undang-undang dan dipanggil oleh pihak polis untuk soal siasat pun Ismail Sabri yang perlu menanggung dosanya. Kini apabila badan kehakiman negara membuat keputusan untuk mengawalkan kes Zahid Hamidi sekali lagi Ismail Sabri yang menjadi sasaran.  Lokakman perlu fa...

PERDANA MENTERI DIHINA DAN DICACI DI PENTAS PERHIMPUNAN UMNO...KENAPA?

Image
Perdana Menteri dihina dan dicaci di pentas perhimpunan UMNO… Kenapa??? Kerana PM mempertahankan perlembagaan persekutuan iaitu doktrin pengasingan kuasa… Menghormati kebebasan dan tidak campurtangan di dalam urusan mahkamah. 1. Taklimat khas Presiden UMNO yang diharapkan menjadi pentas penyatuan orang Melayu bertukar menjadi ‘porak peranda’ apabila pentas UMNO dijadikan medan untuk menghina Perdana Menteri. 2. PM dihina hanya kerana satu “PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah…” 3. Sebegitu busuk pemikiran orang-orang yang menghina kerana halal bagi mereka kejahatan, haram pula bagi mereka kebaikan. 4. Sebegitu busuk kata-kata yang dilemparkan ibarat sebutan lidah dari ahli neraka yang ingin menarik orang lain melakukan kejahatan sama dengannya. 5. Inikah UMNO yang dikatakan pejuang rakyat, pejuang bangsa dan pejuang agama? 6. Di media sosial, rakyat zahirkan sokongan kepada PM kerana berintegriti dalam memegang kuasa namun sebaliknya di pentas UM...

SETIA BERSAMA PEMIMPIN KAMI

Image
Kita bersimpati dengan nasib Dato’ Sri Najib Razak. Kita berhimpun di Dewan Merdeka tanda bersolidariti bersama beliau. Dalam kesedihan kita kerana kehilangan seorang pemimpin, tanpa sedar kita telah menghukum seorang pemimpin lain. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Sekiranya kita yang tidak mengenali Najib Razak secara peribadi boleh bersedih, bayangkan perasaan beliau. Minggu ini, beliau kehilangan seorang mentor, senior, abang dan sahabat. Sebagai orang nombor satu negara, tentunya beliau lebih berduka kerana tidak bisa berbuat apa-apa. Tangan beliau terikat. Tangan itu tidak akan sesekali diarah untuk menyalahgunakan kuasa. Ismail Sabri manusia berprinsip. Beliau hanya boleh melihat dari jauh saat Najib Razak dihukum di muka pengadilan. Sebagai anak Pahang, Ismail Sabri sudah tentu dibesarkan untuk mencontohi Najib Razak, seorang lagi anak Pahang. Saat kita semua berhimpun untuk bersolidariti di Dewan Merdeka, sebaik nama Ismail Sabri disebut, laungan ‘boo’ berkumandang. Beliau di...

BERTABAHLAH ISMAIL SABRI, BERJUTA RAKYAT BERSAMAMU

Image
  Tidak sukar untuk difahami kenapa seorang Perdana Menteri boleh dihina dan dimusuhi terang-terangan di pentas perhimpunan UMNO. Amat mendukacitakan bagi sesiapa yang mengikuti episod politik YAB Perdana Menteri yang punya integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas. Sudahlah ke hadapan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang selepas UMNO kecundang dalam PRU-14. Kemudian hanya beliau sahaja yang boleh diharap sebagai pemimpin bersih untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-9 berbanding sosok lain. Akhirnya apabila Ismail Sabri tidak menunjukkan tentangan kepada hukuman penjara Najib Razak, beliau pula dicaci dan disuruh ‘keluar’ dari UMNO hanya kerana tidak mahu bersekongkol. Hanya kerana PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah,  beliau menerima tomahan dan terpaksa menjadi ‘asing’ dari UMNO. Seolah-olah beliau penjenayah sebenar. Kompas moral UMNO benar-benar gelong dan lari dari realiti sehingga satu Taklimat Khas...

GANDINGAN ZAHID HAMIDI DAN ISMAIL SABRI ADALAH PENAWAR PASCA KETIADAAN NAJIB

Image
  Jika dahulu Anwar dipecat Tun Mahathir, bumi Pulau Pinang bertukar cerita. Anwar dari Permatang Pauh diganti dengan Pak Lah dari Kepala Batas, juga dari Pulau Pinang. Kini Najib Razak dari Pekan menjalani hukuman, Pahang tidak terlepas sama apabila Ismail Sabri dari Bera memimpin negara. Hakikatnya, Pahang tanpa gagal sentiasa melahirkan negarawan. Pemimpin yang berjiwa besar, yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negara. Zahid Hamidi dan Ismail Sabri bukanlah duo yang asing di dalam UMNO. Malah perkenalan Zahid Hamidi dan Ismail Sabri sejak dari zaman universiti mengukuhkan lagi persaudaraan ini. Selaku Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-9, Zahid Hamidi dan Ismail Sabri mampu memastikan UMNO terus relevan dalam perjuangannya. Meletakkan seorang menjaga parti, manakala seorang menjaga kerajaan adalah formula terbaik buat masa ini. Kita seharusnya memasakkan keyakinan terhadap dua tokoh pemimpin ini. Di saat pembangkang bersorak atas keputus...

DATO SERI PRESIDEN DAN YAB PERDANA MENTERI SUMBER KEKUATAN UMNO BANGKIT SEMULA

Image
  Semalam hari yang suram buat UMNO. Parti keramat ini kehilangan satu figura yang cukup penting buat kita. Sekarang, lebih dari masa-masa yang lain, UMNO perlu bersatu. Sekarang, bukan masa untuk berpecah-belah. Sekarang, masa untuk kita bangkit. Tangan yang sibuk digunakan untuk menuding jari ke arah mana-mana pemimpin parti lebih baik digunakan untuk membina semula UMNO. Persetankan Lokman Adam. Abaikan mana-mana suara penghasut yang cuma mahu menanam bibit kebencian sesama kita. Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri perlu berganding bahu memimpin parti demi agama, bangsa dan negara. UMNO mungkin sudah kehilangan seorang pemimpin semalam. Namun, yang tidak akan hilang daripada UMNO ialah darah perjuangan. Darah pejuang ini mengalir dalam tubuh Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri. Darah ini yang diwarnakan pada panji parti yang berkibar megah sejak 1946. Dato Seri Presiden akan terus membina kubu bagi mempertahankan parti daripada serangan luar dan dalam. Sementara YA...

JAUHKAN LOKMAN ADAM DARIPADA UMNO

Image
  UMNO tidak memerlukan seorang pengkhianat Sulu, pemfitnah bersiri, katak politik dan agen pemecah belah. UMNO tidak memerlukan parasit yang menumpang tubuh parti hanya untuk menyerangnya. UMNO tidak, terlalu tidak memerlukan Lokman Adam. Dalam sesi Facebook Live semalam, Lobakman membangkitkan beberapa tohmahan yang dungu dan dangkal. Ayuh kita jawab satu per satu tuduhan si Lobak. 1. Ismail Sabri bersekongkol dengan Bersatu Kalau benar, kenapa sampai ke hari ini Bersatu masih dahagakan jawatan Timbalan Perdana Menteri? Kenapa Zuraida Kamaruddin masih mengekalkan jawatan kabinet beliau meskipun sudah meninggalkan Bersatu? Kenapa tidak kementerian tersebut dihuni oleh wakil Bersatu yang lain? 2. Ismail Sabri bekerjasama dengan Pakatan Harapan MOU hanya ditandatangani bagi menjunjung perintah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar kerjasama rentas kepartian diadakan. Berkat MOU, banyak usaha dwi-partisan berjaya diluluskan seperti RUU Anti Lompat Parti, MA63, Bajet 2022, RUU Antiganggu...

Prestasi Ekonomi Negara Penunjuk Utama Kejayaan Ismail Sabri Sebagai PM

Image
1.0 Lonjakan KDNK 8.9% Lonjakan prestasi KDNK negara merupakan bukti jelas bahawa negara kita kini berada dalam landasan yang betul. Ekonomi kita berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.  2.0 Pelaburan Asing Tertinggi  Pertumbuhan pesat ini adalah hasil daripada hasil dasar dan polisi kerajaan keluarga Malaysia yang seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.  Oleh sebab itu , jumlah FDI selama 9 bulan sahaja adalah sebanyak RM74.1 bilion.  Dalam tempoh sembilan bulan ini saja kita sudah mengatasi jumlah FDI tahunan pada 2021, 2020, 2019 mahupun 2018. 3.0 Dasar Kerajaan Keluarga Malaysia Membuahkan Hasil  Dasar seperti pelaksanaan inisiatif seperti SemarakNiaga, Malaysia Digital dan JaminKerja berjaya menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan.  4.0 Kadar Pengganguran Capai Guna Tenaga Penuh  Kadar pengangguran kita pula turun kepada 3.8 peratus daripada 4.3 peratus sebelumnya....

KEJAYAAN KERAJAAN ISMAIL SABRI JAWAPAN KEPADA HIMPUNAN #KERAJAANGAGAL

Image
Sekumpulan aktivis merancang mengadakan bantahan sempena ulang tahun pertama Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri di  Kuala Lumpur pada Sabtu 20 Ogos 2022. Pada 23 Julai 2022 yang lalu,  himpunan turun sebenarnya sudah gagal mendapat sokongan rakyat apabila media kawalan mereka sendiri iaitu Malaysiakini melaporkan hanya 100 yang turun ke jalan raya.  1.0 Pasukan Jihad  Untuk himpunan siri kedua pula alasan seperti kononnya pasukan jihad gagal mengawal kenaikan harga barangan adalah satu lagi penipuan kepada semua rakyat Malaysia.  Dahulu harga sebelum ini ayam adalah pada kadar RM 9.90 sekilogram.  Kini harganya sudah pun sekitar RM 7.00 - RM 8.00 sekilogram.  Harga minyak masak berbotol untuk 5kg pula sudah turun daripada RM 45 kepada RM 34 dan harga ini akan berkurangan lagi selepas ini.  2.0 Tiada Sebarang Bantuan  Alasan kedua seperti tiada sebarang bantuan daripada kerajaan juga merupakan satu lagi tuduhan yang palsu kerana keraj...

LOKMAN ADAM PERLU MOHON MAAF : NAJIB DIBENAR PINDA NOTIS USUL MOHON MASUK BUKTI TAMBAHAN

Image
Mahkamah Persekutuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak meminda notis usul dalam permohonannya bagi memasukkan bukti tambahan berhubung keterangan beberapa individu ke dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Sebelum ini Lokman Adam terus menyebarkan cerita palsu dan fantasi dongeng seolah - olah Ismail Sabri hendak bertindak zalim kepada Najib Razak.  Pelbagai cerita seperti segala permohonan akan ditolak akhirnya terbukti DSIS tidak pernah mencampuri hal urusan kehakiman dan perundangan negara.  Kita perlu tahu kerajaan BN hari ini berbeza dengan Pakatan Harapan apabila PH sendiri gugurkan kesemua kes yang melibatkan pemimpin mereka.  Jangan terus biarkan Lokman Adam meneruskan agendanya untuk meretakkan perpaduan dalam kalangan akar umbi Barisan Nasional.  Kita sepatutnya bersatu untuk lawan musuh yang sebenar dan bukannya tikam kepimpinan dalaman seperti mana yang sedang dibuat olehnya.  Kita perlu tahu hakikat sejarah...

ISU LEGASI KAPAL PERANG TIDAK HALANG ISMAIL SABRI UNTUK JAYAKAN DASAR EKONOMI DAN MENURUNKAN ANGKA PENGANGGURAN

Image
Kadar pengganguran terkini negara Malaysia adalah pada kadar 3.8%. Statistik ini adalah angka paling rendah selepas negara diserang dengan krisis kesihatan. Indikator positif ini memberi gambaran bahawa negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus bagi tahun 2022.  Sebanyak 600,000 peluang pekerjaan disediakan pada tahun 2022 dengan peruntukan RM4.8 bilion melalui Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertujuan mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran. 3 Strategi Ismail Sabri Mengatasi Masalah Pengganguran  Usaha beliau merangkumi tiga program utama iaitu Insentif Penggajian, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau MySTEP dan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia). i) Insentif Penggajian dilaksanakan oleh Perkeso dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan. ii) MySTEP pula menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor aw...

ISMAIL SABRI DAN SARAWAK BERPISAH TIADA

Image
Selepas 58 Tahun Pembentukan Malaysia, MA63 Akhirnya Jadi Sebahagian Daripada Perlembagaan Persekutuan dalam era kepimpinan Ismail Sabri sebagai PM-9. 1 ) Apabila Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, semasa mesyuarat Kabinet pertamanya, beliau mengumumkan bahawa semua usaha sedia ada mengenai MA63, yang berkaitan dengan hak Sabah dan Sarawak, akan terus diteruskan di bawah kepimpinannya. 2) DSIS memberi maruah  dan pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia yang tidak pernah dilakukan oleh mana - mana kepimpinan sebelum ini.  3) Ismail Sabri juga pernah memberikan sebanyak RM4.47 Bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12. Jumlah ini juga merupakan angka tertinggi berbanding dengan negeri lain.  4) Perluasan JENDELA sekitar RM 4.09 Bilion akan diperuntukan untuk teknologi 5G di  Sarawak dalam jangka masa tempoh 5 tahun. 5) Sebelum ini juga , Ismail Sabri mengarahkan supaya ...

PDRM PERLU BUKA KERTAS SIASATAN DAN TANGKAP LOKMAN ADAM SEBAB MENGGANGU KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

Image
Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kuasa membubarkan Parlimen terletak atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Dalam Perlembagaan (Persekutuan) Artikel 40 ialah kuasa Kabinet untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan dalam artikel itu juga menyatakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk boleh tidak membubarkan Parlimen.  Tiada peruntukkan dalam perlembagaan yang memberi kuasa kepada Lokman Adam berkaitan hal isu pembubaran parlimen.  Lokman Adam tidak seharusnya mencampuri dan mendahalui dalam isu berkaitan dengan budi bicara YDPA.  Segala tindakan Lokman Adam dengan terbuka mencabar kuasa budi bicara YDPA adalah satu penghinaan kepada institusi beraja.   Perbuatan menghina kedaulatan institusi raja di Malaysia perlu dibendung dengan segera. Sesiapa sahaja yang menghina YPDA seharusnya diambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. PDRM diminta jug...

5 BUKTI ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI YANG BERANI DAN TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN KUASA BESAR DUNIA

Image
Ismail Sabri merupakan seorang Perdana Menteri yang sangat tegas dalam pendiriannya. Dan bagi beliau, tidak kisahlah siapa yang perlu ditegur, beliau akan tegur, tidak kira pihak ditegur itu kuasa besar dunia ataupun tidak. Ini menunjukkan beliau sangat berani untuk bersuara dan lantang dalam isu isu melibatkan Malaysia. Ini antara bukti Ismail Sabri tidak pernah takut dengan kuasa besar dunia; 1. Laporan Pemerdagangan Manusia Baru baru ini, Malaysia telah menerima lawatan Nancy Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat diringi dengan delegasi. Pun begitu, ketika perbincangan, Ismail Sabri berani meminta  AS menilai semula penarafan Tahap 3 (Tier 3) kepada negara ini dalam Laporan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan negara tersebut. Kali terakhir kita berada dalam Tier 2 ialah pada tahun 2017. 2. Isu Israel-Palestin Persidangan Kemuncak AS-Asean 12-13 Mei 2022, Ismail Sabri berani bersuara mengenai isu Palestin sedangkan secara umum tahu yang AS di belakang Israel dan se...

TIGA SEBAB PRU15 PERLU DIADAKAN SELEPAS BELANJAWAN

Image
1. Meneruskan momentum ‘feel good factor’ Sentimen umum kepada Barisan Nasional (BN) semakin baik. MA63, semakan gaji minimum, pengeluaran khas KWSP dan terkini Akta Anti Lompat Parti mula mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Belanjawan 2023 adalah buah ceri di atas kek yang akan dihidangkan kepada rakyat sebelum PRU-15 untuk benar-benar menjadikan BN sebagai satu-satunya pilihan yang ada untuk mereka. 2. Krisis makanan dan ekonomi Ketokohan seseorang pemimpin akan diuji sewaktu krisis. Malaysia, di bawah kepimpinan Ismail Sabri sedang bergelumang dengan kemelut ekonomi dan bekalan makanan. Penambahan subsidi, bantuan kewangan, skim pinjaman perniagaan dan geran-geran yang diperkenalkan Perdana Menteri menyebabkan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengatasi kemelut ini. Kita juga tidak mahu dilabel ‘gila kuasa’ kerana menganjurkan pilihan raya sewaktu negara dilanda krisis. 3. Hormati kuasa perogatif Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan Persekutuan ...

DESAKAN PPBM UNTUK JAWATAN TPM AKAN JADI SEBAB UTAMA PEMBUBARAN PARLIMEN SEGERA

Image
  1. Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan sudah meminta Pilhan Raya diadakan dengan segara pada 31 Julai 2022.  2. Pada 3 Ogos 2022 pula tiga indikator tekanan untuk PRU sudah berlaku. Shamsul Annuar Nasarah pula sudah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga & Sumber Asli. Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook menuntut supaya PRU disegerakan. Lokman Adam pula membuka Facebook Live dengan tajuk Bubar Parlimen Sekarang.  3. Pada hari ini iaitu 4 Ogos 2022 , Dato Hamzah pula hendak berjumpa dengan Ismail Sabri untuk meminta jawatan TPM.  4. Presiden UMNO tidak akan sesekali setuju dengan TPM PPBM. Tanpa TPM PPBM pun mereka kini sedang desak untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat.  5. Sekirannya TPM dilantik maka MKT UMNO akan desak bubar parlimen kerana melantik TPM dari PPBM. 6. PPBM hanya akan membuat kerja sia - sia demi memenuhi tuntutan Azmin kerana kini hanya berbaki beberapa bulan sebelum PRU.  7. Jika sekalipun TPM dilantik pa...

APA LAGI BERSATU MAHU?

Image
  Kebelakangan ini, tangis dan rengek Bersatu semakin membingitkan. Mereka ingin bersemuka dengan Ismail Sabri. Mereka mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Soalan satu, adakah dengan menghuni jawatan nombor dua kabinet, krisis makanan dan kemelut ekonomi negara selesai? Tidak. Yang bakal terisi dengan jawatan tersebut bukannya perut rakyat yang lapar, tetapi nafsu mereka yang haus. Soalan dua, siapa calon Timbalan Perdana Menteri anda? Muhyiddin? Individu yang sanggup mengunci pintu Parlimen hanya kerana mahu memanjangkan hayat sebagai Perdana Menteri. Hamzah? Operator politik yang menumbangkan kerajaan Sabah dan menaikkan kes Covid-19. Azmin? Kitol dan katak. Politikus yang paling dibenci rakyat masa kini. Peja? Haha. Bunga raya sedang layu. Ini hakikatnya. PRN Melaka, 2 kerusi. PRN Johor, 3 kerusi. MB Perak tumbang. Sebelum bunga raya ditabur di atas pusara sendiri semasa PRU-15 nanti, ini adalah masa-masa akhir mereka untuk mengecap nikmat kuasa. Belasungkawa Bersatu!