Posts

Showing posts from October, 2022

ISMAIL SABRI PENYELAMAT NEGARA

Image
Ketika negara sedang bergelut dengan ketidakstabilan politik maka munculah seorang persona dalam arena politik yang dapat menyatupadukan kerajaan dan pembangkang melalui MOU.  Ketika negara sedang hangat dengan bahang perkauman pasca PRU 14 maka timbulah konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh DSIS untuk kita hidup aman bersama.  Ketika negara sedang berperang dengan wabak penyakit yang paling dahsyat dalam sejarah negara maka lahirnya kecekapan pengurusan DSIS sehingga ke fasa endemik.  Ketika ratusan ribu rakyat hilang kerja akibat kesan pandemik maka beliaulah yang membawa kembali peluang perkerjaaan sehingga mencapai guna tenaga penuh.  Ketika rakyat sedang ditindas oleh orang tengah dan kartel maka bangkitnya semangat Mat Kilau DSIS menikam mereka sehingga kini terdapat lambakan ayam di pasaran.  Ketika ekonomi negara hampir lumpur disebabkan kegagalan pengurusan kerajaan lama maka kita dikurniakan dengan kepimpinan DSIS yang berjaya merancakkan lonja...

SYED SADDIQ SUDAH BERSTATUS KLUSTER MAHKAMAH

Image
  Mahkamah Tinggi telah memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) BERSATU itu. Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu. Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang te...

ANUGERAH CALON PRU 15 PALING KONTROVERSI

Image
Semakin hari sudah semakin dekat kepada hari penamaan calon, malah sesetengah parti sudah pun memberi pengumuman calon parti mereka untuk kawasan tertentu. Dalam kesemua calon yang sudah sah bertanding dan dikhabar akan bertanding, ada satu calon ni sebenarnya kalau lah ada anugerah calon paling kontroversi, kita boleh anugerahkan kepada dia. Menariknya, calon ini bukan lah senior pun dalam dunia politik ini. Orang kata apa, masih MUDA. Tetapi, dalam masa yang sekejap ini, dia sudah berjaya mencipta pelbagai kontroversi hangat, layaklah dipanggil sebagai Drama Queen. Dan untuk lebih mudah, kita panggil sahaja calon ini sebagai SS. Apa kontroversi yang dia buat sampai layak dipanggil sebegitu?  Kontroversi Pertama, isu Duit dalam akaun ASB. Untuk makluman semua, SS ini lah paling lantang bersuara nak ubah sistem politik yang kotor. Tapi alih alih dia yang main dengan duit parti dia sendiri sampai suruh simpan duit parti dalam akaun asb sendiri. Tapi mungkin niat dia baik kot, yelah ...

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA

Image
Masyarakat FELDA sebati dengan jiwa Ismail Sabri kerana beliau juga datangnya daripada keluarga penoreh getah. Sesungguhnya, tiada pemimpin lain di negara Malaysia selain DSIS dalam memahami jiwa dan situasi masyarakat FELDA. Hak dan masa depan masyarakat FELDA hanya akan terbela sekirannya seorang bakal PM datangnya daripada asal usul yang hampir sama.  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata warga FELDA sentiasa istimewa dan akan terus 'dijaga' kerajaan, termasuk generasi kedua tanah rancangan berkenaan. Ismail Sabri berkata, pelbagai insentif yang diberikan kerajaan kepada warga FELDA sejak awal penubuhan tanah rancangan itu lagi, mencerminkan betapa istimewanya warga FELDA kepada kerajaan. "Walaupun beberapa ketika FELDA mungkin hadapi pelbagai masalah dalaman, warga peneroka tak dilupakan begitu sahaja," Pada 14 Julai 2022 yang lalu, sebanyak RM65 juta juga sudah diperuntukan untuk melaksanakan lima inisiatif dalam usaha membantu peneroka Lemba...

PKR UMUM CALON PROFESSIONAL TAPI BUKAN DARI ANAK TEMPATAN 

Image
1. PKR pencetus pembawa budaya payung terjun untuk membunuh calon - calon tempatan.  2. Jika Wan Azizah kini akan bertanding di Bandar Tun Razak dan Anwar pula di Tambun maka keadaan ini menandakan kesemua calon - calon tempatan akan dibunuh dikawasan tersebut.  3. Calon tempatan dalam politik merupakan perlambangan asal usul dan jati diri yang menjadi perlambagan sesuatu kawasan. Hal ini disebabkan , setiap kawasan memiliki keunikan mereka yang tersendiri.  4. Budaya cetusan PKR ini akan membunuh dan melupuskan kesemua elemen dan jati diri yang akan dibawa oleh sesuatu kawasan tersebut.  5. Tambahan pula , calon tempatan sebenarnya fungsi mereka adalah berkhidmat dan menjaga serta memperjuangkan segala hak dan isu yang timbul berkaitan dengan kepentingan kawasan mereka.  6. Jika calon - calon profesional diwujudkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan oleh PKR untuk mengantikan majoriti calon tempatan maka masa depan persada poliitk negara akan hilang elemen jat...

ISMAIL SABRI PERLU TERUS MENJADI PM SUPAYA PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DITERUSKAN

Image
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjadi satu contoh terbaik kepada semua kepimpinan pelbagai peringkat kerana mengutamakan bahasa Melayu sepanjang pentadbirannya sebagai Perdana Menteri negara Malaysia.  Bahasa Melayu kembali bertuah kerana muncul seorang figura yang berazam untuk memperkasakan bahasa Melayu kembali supaya gah di mata dunia. Kepimpinan Malaysia sebelum ini lebih mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa ibunda dan kebangsaan kita sendiri. Fenonema kehebatan bahasa Melayu hanya bermula setelah Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kita.  Beliau sudah mengumumkan yang Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuklah mesyuarat dan persidangan antarabangsa. Perjuangan beliau untuk memperkasakan bahasa dan bangsa Melayu di persada dunia wajar diiktiraf dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan , bahasa itu merupakan perlambangan sesuatu jiwa bangsa.  Pada UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin ...

BAJET 2023 LEBIH AMPUH DARIPADA MANIFESTO

Image
Seperti biasa, setiap kali pilhan raya umum, parti parti politik akan membentangkan manifesto manifesto mereka untuk menarik perhatian pengundi pengundi untuk mengundi mereka. Tapi, berbezanya kali ini, Barisan Nasional mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengetengahkan Bajet sebagai alternatif kepada manifesto. Apa pula kelebihan Bajet berbanding dengan manifesto? Manifesto ini adalah sekadar janji sahaja, mereka akan menabur seribu satu kemanisan dan keindahan dengan niat hanya untuk menarik undi. Tetapi mereka tidak pernah sesekali pun menilai apakah kapasiti kewangan negara. Atas sebab itu lah, terpacul dari mulut Tun Mahathir sendiri sebelum ini, “manifesto ini bukan kitab suci yang wajib dipatuhi”. Sebab mereka sendiri sedar yang mereka tidak mampu untuk mengotakan setiap janji manis dalam manifesto mereka. Malah, formula formula seperti formula hapuskan tol, hapuskan PTPTN atau pendidikan percuma yang Rafizi pernah gembar gemburkan tidak pernah sekali pun cuba untuk dibuat....

ISMAIL SABRI JUARA INTEGRITI

Image
1. Integriti adalah sebuah perkataan yang sangat besar pengertiannya. Ramai yang tahu definisinya, tetapi bukan semua yang tahu memaknakannya.  2. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal kepimpinan politik negara, dari sekecil-kecil ketua jabatan, sehinggalah sebesar PERDANA MENTERI.  3. Di sinilah hebatnya seorang sosok bernama Ismail Sabri. Sebagai seorang pemimpin yang berasal dari sebuah keluarga marhein, membesar dalam persekitaran yang penuh sederhana, menjadi seorang peguam dan seterusnya terjun ke kancah politik - ini semua adalah guru-guru yang mematangkan beliau untuk memaknai maksud INTEGRITI. 4. Hal ini jelas, ketika beliau menjadi seorang Perdana Menteri, antara perkara utama yang beliau hormati adalah berhubung isu doktrin pengasingan kuasa. Ismail Sabri tahu, doktrin inilah yang menjadi fundamental besar dalam kehidupan bernegara. 5. Tiga pengasingan kuasa tersebut iaitu Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Kehakiman, amat dihormati oleh beliau dan di...

CHECK AND BALANCE SUDAH TIDAK RELEVAN

Image
Konsep "check and balance" dililhamkan di Eropah dalam sistem demokrasi mereka. Tujuan asalnya bagi mengimbangi kuasa pemerintah dan Pembangkang. Namun, jika kita analisis budaya politik di Barat : kerajaan dan Pembangkang bertindak secara matang. Pembangkang tidak membangkang semberono atau membabi-buta. Pembangkang tidak bererti membangkang, mana polisi kerajaan yang berkesan akan dipersetujui bersama. Misalnya parti Demokrat dan Republikan di US sering bertukar-tukar menjadi kerajaan secara matang dan tanpa dendam.  Apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Pembangkang kerjanya seolah membangkang semata. Yang baik pun mereka bangkang. Ini sebenarnya merugikan rakyat. Sedangkan rakyat yang mengundi parti Pembangkang. Tetapi tindakan Pembangkang di Malaysia tidak menguntungkan rakyat. Sebab itu konsep "semak dan imbang" ini harus di semak oleh rakyat sendiri. Tiada siapa yang mahu bela kita, melainkan kita sendiri. Kita sering undi silang ; sama ada Parlimen ...

TRACK RECORD ISMAIL SABRI BERI HARAPAN

Image
1. Politik DS Shafie Apdal dan Tun Mahathir tidak akan sesekali dapat menerima Anwar sebagai calon PM mereka.  Anwar pula tidak akan dapat menerima Muhyiddin dan Mahathir sebagai calon PM mereka.  Jika mereka akhirnya demi mendapat berkuasa berunding juga dengan mencalonkan sesiapa sahaja untuk menjadi PM tetapi pergolakan dan langkah SHERATON 2.0 , 3.0 dan 4.0 akan berulang.  2. Ekonomi  Prestasi bursa saham , FDI , pengganguran dan kadar pertumbuhan GDP negara kita mencatat sejarah paling teruk sepanjang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mentadbir.  Keadaan hanya bertambah baik selepas Ismail Sabri mengambil alih dan daripada pengganguran melebihi paras 4.5% sehingga kini kurang daripada 3.8% dengan status capai guna tenaga penuh.  GDP pula berkembang pada kadar 8.9% iaitu satu angka statistik yang tertinggi di seluruh ASEAN pada tahun ini. Bursa Saham sebelum ini juga pernah jatuh rendah daripada 1200 mata dan kini semakin pulih padar kadar 1400 mat...

BELANG SEBENAR PN BUKTI ISMAIL SABRI BUKAN PENGKHIANAT UMNO

Image
1. Serangan peribadi dan kutukan dikeluarkan BERSATU dalam kempen mereka. Biasalah, disebabkan tidak ada kebaikan diri sendiri untuk dicerita, keburukan orang lain lebih mudah untuk dijaja. 2. Mahiadin dengan yakin melaung "Dato' Seri Ismail Sabri lemah," walhal lupa cermin diri, siapa yang gantung parlimen dengan isytihar darurat? Siapa yang mencipta sejarah Pejabat Perdana Menteri dengan keluar kenyataan rasmi cirit birit? 3. Siapa pula yang membuka semula ekonomi? Yang mengeluarkan Malaysia dari krisis ekonomi dan kesihatan pasca COVID-19? - Perdana Menteri dari UMNO (Ismail Sabri). 4. Begitu jijik PN berani mendedahkan, ada perjanjian belakang jika UMNO jadi PM. Katanya "deal of the century". Mahu PAS dan BERSATU sama 'dihormati'.  5. Rupanya 'dihormati' dengan pengisian jawatan (menteri, senator), peruntukan kewangan, malah mahu jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri! Begitu rosak akhlak dan kompas Tan Sri Muhyiddin yang dahulu juga kantoi...

YB adalah YANG BERKHIDMAT. Bukannya, YANG BERDEBAT

Image
Anwar Ibrahim mahu debat sesama calon PM diadakan.  Ismail Sabri jawab, tak perlu. Debat bukan budaya kita.  Betul apa yang Ismail Sabri kata. Sebab nanti bila debat Anwar Ibrahim akan tabur janji bulan bintang. Tipu lagi rakyat satu negara.  Betul juga apa yang Ismail Sabri pesan, budaya kita tengok pemimpin yang tunai janji dan turun kawasan. Bukan heboh nak berdebat.  Lagi betul apa yang Ismail Sabri cakap, bentanglah nanti manifesto. Biar rakyat yang menilai. Samada manifesto tu masih 'bukan kitab suci' atau manifesto boleh bikin stabil dan makmur.  Syed Saddiq pula sindir Ismail Sabri. Katanya debat kena buat untuk rakyat nilai PM yang berani bercakap di depan. HAH! Anwar Ibrahim memanglah berani cakap. Tapi Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang cekap. Rakyat kita nak, PM dan Parti yang CEKAP, bukan asyik nak bercakap!  Cukuplah Syed Saddiq dengan trofi debat di rumah tu dan cukuplah Anwar Ibrahim pun; debat dengan Bossku tempoh hari pun lesu tak berfak...

MUHYIDDIN TERGIGIT LIDAH SENDIRI

Image
"Datuk Ismail Sabri lemah, tak pandai menguruskan negara!" Inilah ayat yang terkeluar dari mulut Muhyiddin Yassin dalam kempen Perikatan Nasional. Baik, mari kita lihat siapa yang lemah sebenarnya? Dari sudut ekonomi, paras ekonomi merudum paling teruk adalah dalam kepimpinan Muhyiddin. Beliau adalah Bapa PKP paling lama. Apa kesan dari PKP? Penutupan ekonomi. Negara kerugian RM 2.4 Bilion setiap hari. Lebih 500,000 hilang pekerjaan. Menganggur. Kes penceraian tinggi. Kes bunuh diri pun tinggi. Belum lagi cerita angkat bendera putih! Inilah realiti zaman Muhyiddin.  Cuba kita fikir sejenak : Siapa buka ekonomi? Siapa yang isytiharkan ENDEMIK? Siapa yang buka sempadan Malaysia-Singapura? Siapa buka sempadan negara? Sampaikan ada seorang bapa sujud syukur di KLIA. Siapa kembalikan Malaysia kepada normal? Siapa yang beri dividen pelaburan (TH, KWSP, ASB, LTAT) menokok berbanding tahun sebelumnya? Siapa beri kelulusan pengeluaran Khas KWSP ? Di zaman siapakah Indeks Kesejahteraan...

AMANAH TIDAK SEHALUAN DENGAN PKR DALAM MENOLAK KERJASAMA DENGAN MAHATHIR BUKTI PERPECAHAN PH

Image
1. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia berasa hairan dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA). 2. Menurut Khalid Saman , pendirian Amanah tidak diterima atas apa jua alasan. Cadangan dan permintaan Pejuang untuk berjumpa telah ditolak. 3.  Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah memohon untuk bertemu PH tetapi sebilangan kepimpinan Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meneruskannya. 4. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Pakatan Harapan akan menghadapi PRU 15 tanpa sebarang kerjasama dengan Mahathir mahupun GTA.  5. Perbezaan pendapat ini dipercayai disebabkan isu lama yang berkaitan tentang soal jawatan Perdana Menteri.  6. Penyokong PH mengambil sikap tidak mempercayai Mahathir kerana mendakwa bekas perdana menteri itu tidak jujur dalam menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. 7. Untuk PRU kali ini pula,  kedua - dua tokoh besar iaitu Mahathir dan Anwar juga su...

6 SEKTOR MASYARAKAT INDIA TERBELA DALAM ERA KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA

Image
1. Pendidikan  Tambahan RM5 juta kepada RM25 juta setahun kepada Universiti AIMST, iaitu universiti swasta dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah. RM1.1 Bilion dalam bajet 2023 bagi penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Tamil .  Graduan kelas pertama pelajar berbangsa India Keluarga Malaysia tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN.  Pemberian khas sejumlah RM2 ju­ta untuk pelajar dari keluarga komuniti India miskin tegar. 2. Meningkatkan Peluang Perkerjaan Masyarakat India  Sudah seramai 68,996 komuniti India telah dibantu untuk mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri.  Pelbagai latihan untuk menambah kemahiran dan latihan semula yang memanfaatkan 42,544 pelatih kaum India dengan nilai latihan yang berjumlah  RM77 juta. 3. Memperkasakan Martabat MITRA  Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) diletakkan semula di bawah Jabatan Perd...

MASYARAKAT INDIA MEMBANGUN BERSAMA KELUARGA MALAYSIA

Image
Dalam diam sudah hampir setahun konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri. Setahun bersama Keluarga Malaysia mengajar kita untuk bersatu dalam kepelbagaian dan perpaduan Malaysia perlulah mengikut acuan sendiri. Menariknya, konsep ini diaplikasikan dalam perlaksanaan dasar dan polisi kerajaan. Pentadbiran Keluarga Malaysia mempunyai tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menekankan konsep inklusif. Ismail Sabri akan mengambil kira setiap pihak dalam membuat keputusan. Tidak kira lah tua, muda, kaya, miskin, orang bandar, orang kampung, tiada satu pun akan dilupakan oleh Ismail Sabri. Semua akan diutamakan tanpa ada yang dilupakan. Bahasa mudahnya, semua merasa tiada yang terasa. Kalau bahasa Inggerisnya, all for one and one for all. Dan sempena dengan Deepavali ini, rasanya cukup menarik jika dikongsikan pembangunan untuk komuniti India oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri. Sebenarnya ini juga satu bukti betapa beliau sangat menja...

BAGAIMANA ISMAIL SABRI SEDIAKAN RUMAH BUAT KELUARGA MALAYSIA?

Image
  Pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia terutamanya B40 ataupun M40 sudah menjadi satu perkara yang hampir mustahil disebabkan kenaikan harga rumah yang mendadak. Harga rumah yang baru sudah mencecah hampir 600-700 ribu ringgit manakala rumah subsale juga tidak jauh beza. Perkara ini semakin lama semakin merisaukan dan membimbangkan. Namun, berteraskan polisi inklusif di bawah pentadbiran Keluarga Malaysia, Ismail Sabri telah melakukan banyak polisi perumahan yang akan menguntungkan rakyat. Antaranya ialah projek program perumahan rakyat (PPR) seluruh negara, menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebanyak 156 projek PPR sudah siap melibatkan 96,196 unit rumah yang menelan kos sebanyak RM8.60 billion. Projek ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dengan gaji RM3000 dan kebawah. Seterusnya, sebanyak 179 projek perumahan penjawat awam (PPAM) sudah siap dan sebanyak 25212 rumah shdah dijual. 55 projek atau meliputi 13036 unit rumah sedang dibina. Maksudnya, kerajaan...

LIM GUAN ENG MUSNAHKAN EKONOMI BUMIPUTERA DALAM TEMPOH 22 BULAN

Image
FELDA, ASB, Tabung Haji dan LTAT adalah denyut nadi ekonomi Bumiputera di Malaysia. 22 bulan bersama DAP dan Lim Guan Eng sudah cukup untuk mereka menjarah sumber kekayaan negara. 1. Hidup majoriti bumiputera di negara Malaysia merana kerana pentadbiran PH selama 22 bulan dipimpin oleh seorang akautan palsu yang menjadi Menteri Kewangan negara kita.  2. Lebih daripada 50 000 kontraktor bumiputera muflis hasil daripada pengurusan yang bersifat perkauman dan tidak cekap.  3. Hibah terendah dalam sejarah Tabung Haji pada kadar 1.25%.  4. Tabung Haji yang dulunya mengagih hibah lebih dari 6% tetapi semasa Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2018 hanya mengagihkan hibah sebanyak 1.25% sahaja. 5. Pulangan terendah dalam sejarah ASB.  Setelah dua tahun menjadi pemegang rekod pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) terendah dalam sejarah pada tahun 2018 dan 2019.  6.  Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen terendah dalam sejarah, ...

CITA-CITA POLITIK ANWAR BAKAL BERKUBUR DI TAMBUN

Image
1. Orang terdesak biasanya akan terlalu mudah menabur janji. Malam tadi, Anwar Ibrahim janji mahu potong gaji menteri jika beliau menjadi PM. Tetapi MB sedia ada di negeri PH tidak pun dipotong gaji. 2. Ini bukan kali pertama satu dunia dengar, "Jika saya Perdana Menteri,". Kalau nak sebut kalau, netizen sudah arif jawapannya, B*b* pun boleh terbang. 3. Laluan untuk Anwar menang Parlimen kali ini begitu angkuh. PKR sudah umumkan, 'watak penting' mereka "akan langgar kerusi-kerusi besar,".  4. Mari kita semak matematik asas Tambun PRU lalu. Kerusi yang dimenangi Faizal Azumu di bawah tiket PKR menang 38 ribu undi. BN-PAS pula tewas dengan undi terbahagi dua sebanyak 48 ribu. (Jika digabungkan, benam PKR 10 ribu majoriti) 5. Apakah outcome yang boleh dijangkakan? Benarkah Anwar boleh 'mengajar' Peja yang lompat keluar parti? 6. Tambun tak akan beri laluan mudah kepada PKR. Pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru (BN, PN, PKR, BEBAS) akan menyulit...

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

Image
Ketika UMNO hilang kuasa pada PRU 14, muncul seorang pemimpin yang menang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dengan kemenangan 183 daripada 191 bahagian seluruh Malaysia.  Beliau seterusnya ditakdirkan untuk menjadi Ketua Pembangkang dan bermula dari situ menjadi Menteri Kanan , Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya sebagai Perdana Menteri.  DSIS tidak perlu mencaturkan apatah lagi membayangkan yang dirinya akan menjadi PM.  Pada ketika itu , beliau hanya mahu memainkan peranan untuk memperkuatkan UMNO dan BN ketika parti berada pada situasi yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Semasa menjadi PM pula riwayat dan jangka masanya sering menjadi persoalan pelbagai pihak. Beliau terpaksa berhadapan dengan serangan daripada luaran dan dalaman.  Perjalanan beliau menjadi PM tidak pernah sesekali mengikut acuan yang biasanya dilalui oleh kesemua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. P Pertama kali dalam sejarah parti yang tidak menang dalam PRU sebelum ini teta...

PENGUNDI TAMBUN TOLAK ANWAR IBRAHIM

Image
1. Anwar Ibrahim umum bakal bertanding di Tambun pada PRU15.  2. Tindak-tandak Anwar ini tidak menggambarkan kejujuran beliau sebagai seorang pemimpin rakyat.  3. Anwar lahir di P.Pinang, kemudian beliau tinggalkan P.Pinang. Pergi ke Port Dickson. Cukup sepenggal sahaja, lari pula dia ke Tambun. Kalau jujur, kenapa berlari ke sana sini?  4. Ada sebab Anwar tinggalkan PD. Mungkin takut kena penggal oleh pengundi PD.  5. Atau ini sebab akar umbi PKR Negeri Sembilan sendiri menolak Anwar. Akar umbi PKR N9 dingin dengan Menteri Besarnya, Tok Min. Maka larilah Anwar takut kena sabotaj!  6. Anwar ini bukan anak jati Tambun. Kalau dah bukan anak jati, isu dan keperluan tempatan tidak dijiwai pun. Itulah yang jadi di PD. Sekadar tunjuk muka bila ada Pesta Pantai PD atau program cuci Pantai PD.  7. Anwar konon mahu mencontohi Kit Siang. Gempur kubu dan kawasan baru setiap kali PRU. Tapi lepas menang, apa Kit Siang buat? Tak turun kawasan pun, PRU seterusnya lari dan...